Wednesday, March 24, 2010

Sepetang di Cyberjaya

Dah 3 hari berturut bangun awal sangat-sangat sebab nak berkejar ke Stadium Mini Sri Permaisuri. Kat situ ada MSSWP. J kena bawak budak-budak yang masuk pertandingan olahraga tahun ni... macam tahun lepas jugak. Sampai je rumah tengah hari tadi, senyap-sunyi jer.. rasa nak terus amik bantal dan tido. Usai solat, terus hilang kantuk. hhmmm... jenguk budak-budak ni. 

Kemain lagi lenanye... Gerammmm je nengoknye..


Teringat gambar yang J tangkap beberapa hari sudah. Ronda-ronda Cyberjaya... beria Amie nak bawakkan ke tasik yang dia pernah pergi dulu. Katanya dulu tak siap lagi. Ntah tahun bila lah... Ikutkan je lah. Rupanya dekat-dekat je dengan CUCMS. dekat-dekat dengan MMU kot...


Memang cantik tempatnya. Segar je rasa bila hirup udara tatkala melangkah keluar dari kereta. Ada trek untuk jogging. Ada menara tinjau. Tapi J tak koser nak jalan jauh-jauh... ai sayang lelemaks ai ye.. heh.. Tujuannya lebih kepada nak meninjau port memancing... bukannye nak dating pon. Kalau ke tasik gini... nak eksesais.. jalan-jalan ... J suke. Kalau nak organize events kalau nak berkelah dengan anak-anak pon boleh. Kat sini ada taman permainan jugak. Boleh tahanlah besarnya. Kawasan ni besar, tak de pusing ke mana pon. Seronok tengok ikan-ikan besar muncul dipermukaan air untuk sedut oksigen....




nota kaki: nak mancing nanti jangan lupe ajak kiter yek!

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^