"kite pegi taman burung ek?"
"ikut le.."
Sebelum masuk dah dengar bunyi macam-macam... macam memanggil-manggil je dan buat hati ni tak sabar nak masuk. Harga tiket untuk seorang RM15 je. Promosi untuk pengguna Mykad katanya.... Walaupun hari cuti, tapi orang tak ramai. Okaylah tu.. takde la berebut nak tengok burung-burung dalam tu... Masuk je disambut si comel ni..
Matahari semakin tinggi. Tapi dek kerana banyak pokok keliling taman tu. Reduplah juga walaupun haba matahari rasa macam mengekor je kemana-mana... Baru jalan beberapa tapak dah berpeluh keti.. huhuhu...
Tengah jiwe-jiwe jalan-jalan dalam tu, sambil menghirup udara segar, dengar suara cik itik ni. Rupa-rupanye duk tepi jalan je.. bawah daun pokok bunga lili.
Anak itik ni sangat comel & berat pungkoks ye! Jalan setapak, duduk. Setapak lagi, duduk.. Geram tengok kepak dia yg kecik tu.. Terkepak-kepak je bila dia nak angkat badan dia nak berjalan setapk-setapak tu..
"awak..awak.. ye ke saya dengar orang kata otak awak lebih kecik dari mata awak ?"
"he..he..he.."
"tapikan awak, kite suke mata awak.. chantikkk sangat... (^_^)"
ZzzZzzZZzzZzzz
Seronok juga rupanya.. sekali sekala melawat tempat-tempat gini. Cuma satu je yang J tak suka. Burung-burung kecik, sangkarnya sangatlah besar dan luas. Tapi sangkar burung enggang Sarawak yang besar tu.. kecik je. Tak patut....
nota kaki: sila pakai topi kalau nak melawat ke Taman Burung ye. Silap haribulan kena chettttt kat atas kepala. Nasib kami baik kerana tak menjadi mangsa pada hari itu....heh..







No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..