Buka je facebook tadi, terbaca satu post dari sorang kawan supaya mendermakan doa & al fatihah untuk Din Beramboi yang sedang koma di ICU Hospital Selayang. Terus je J cari berita tu kat mstar online. Puncanya disebabkan virus kencing tikus. Baca berita terkini kat sini. Katanya, Din beramboi masih dalam keadaan kritikal & dalam pengawasan doktor. Macam mana dia boleh terkena virus tu, masih belum dapat dikenal pasti...
errkk... KENCING TIKUS? aiyok! J ni dua hari sekali bersihkan pasir-pasir yang basah dengan kencing tikus-berbulu-gebu J itu. mmmmm...... Am I prone to the virus too???
Termenung J sekejap dibuatnya....
nota kaki: semoga Din Beramboi sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat kembali seperti biasa...
UPDATED on 1st April 2010.
Ini bukan April Fool... tapi Din Beramboi disyaki menghidapi Denggi Berdarah BUKAN disebabkan kencing tikus... Harap Maklumlah ye?
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..