Petang Selasa lepas J balik lewat sebab ada kelas bimbingan. Dah mengajar, dah bagi kerja.. J duduk la mengajar sorang budak tahun 1 membaca. Sekali terdengar kucing mengiau. Pehal la mak kucing ni? Bungi macam cari anak je.. Bila J tanya kat budak thn 1 tu, barula J tau...dalam kelas dia ada anak kucing.
J pergi jenguk. Patut pun dia mengiau bukan main kuat lagi.. rupa-rupanya pintu kelas tutup. Tingkap tutup. Macam mana dia nak masuk. J pun masuk la nak tengok anak kucing tu. Budak tu kata dalam almari. J tengok pintu tutup rapat.. ishh.. biar benar..
Buka-buka je.. adala hamba Allah dua ekor ni... oloh..oloh..oloh.. tomeinye... Sekor kelabu, sekor hitam.. tapi muka memasing comot tak hengat..
suka sangat yang kelabu ni!!!
Mula-mula budak-budak ni sergah J. J tak dulik. Amik jugak.. Keluarkan dari almari, dukung bawak keluar letak kat bawah tangga. Elok je diam..Senang mak dia nak cari. Ni tak letak dalam almari.. sekali almari kena tutup, pintu kelas pun tutup... ish..ish.. Mesti lapar budak-budak ni...
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..