Wednesday, July 9, 2014

Kuching #1

Perjalanan bermula dari Perak naik Star Shuttle terus ke KLIA2. Naik bas jam 11.00 malam dan jangkanya sampai KLIA2 dalam 3 pagi.


Tapi.. bas tu sampai awal sangat-sangat.. 2.30 pagi dah sampai KLIA 2. Kat tempat turun bas tu ramai orang tengah tidur. Tempatnya luas, lapang, sejuk dan selesa. Jadi J cari satu port dulu, lepak baca buku sementara tunggu yang lain sampai untuk check in. Dalam pukul 4 pagi J buat keputusan nak pusing-pusing KLIA2 tu. Sebenarnya dah sejuk gedi duduk kat tempat tunggu bas tu. Lepas 20 min pusing-pusing dalam kekaguman dan kejakunan, baru jumpa tempat check in ni. Jam baru 4.20 pagi tapi tempat ni sibuk dan penuh dengan orang. Lebih BESAR, lebih RAMAI, lebih SIBUK dari LCCT.


Selesai check in, solat subuh dulu. Terus cari gate berlepas yang JAUUUUHHHHHH tak hingat di hujung dunia... Please. Please. Please be super early kalau nak fly kat KLIA2. Especially kalau naik flight international. Nampak tak jejantas kat gambar bawah? Tu la jejantas nak ke international gates. Kalau bawak orang tua yang tak leh nak jalan cepat, I really suggest korang request assistance awal-awal. 

To be frank memang nervous sebelum berlepas... teringatkan kisah MH370. Apa-apa pun kita kena sentiasa bersangka baik dan bacalah setiap doa dan zikir sepanjang take off tu. ^_^


Dia terbang setinggi 32000 kaki di udara dan dia mendarat di Lapangan Terbang Kuching dengan selamatnya...
Alhamdulillah.... J dah berjaya jejakkan kaki ke semua negeri di Malaysia!!!!
Sampai je terus call Che Mat driver kami sepanjang 4 hari kami kat Kuching. Sebelum teruskan itinerary hari pertama, kami dihantar ke homestay yang telah diupgrade. Sepatutnya rumah teres setingkat, tapi dapat rumah 2 tingkat ni. Besar dan sangat selesa boleh memuatkan 16 orang pada satu-satu masa.


First stop, Che Mat bawak kami ke kedai ni. rasa dan order dulu. Kedai ni akan buatkan yang baru, bungkus cantik-cantik dan malam sebelum balik mereka akan hantar ke tempat tinggal kita. Kalau nak pickup sendiri pun boleh. 

Dari pembacaan blog-blog lain, kebanyakkan cadangkan Kek Lapi Dayang Salhah. Sedap, memang sedap. Tapi mahal sikit dan saiz kecil. Satu je... Kalau nak beli kek lapis yang ada CHEESE pastikan simpan dalam PETI AIS sampailah masa nak balik atau check out. Kalau tak.... confirm kek lapis tu rasa tak sedap dah. 


Kemudian Che Mat bawa kami ke kedai jual cenderahati ni. 


Banyak kain-kain cantik. ni semuanya kain batik sarung. ada yang RM10. Ada yang RM20. Selain tu ada juga dijual keychain, fridge magnet, beg manik dan aksesori wanita.


Lepas tu kami pergi ke India Street. kat sini kalau nak cari kain pasang, elok sangat... Kalau nak cari t-shirt atau baju kanak-kanak pun banyak juga. 


Kain yang nak dicari tak jumpa. Tapi sempatlah jugak beli yang agak-agak berkenan, sepasang dua untuk diri sendiri.


Next activity is river cruising. Nampak tak pushcart kuning tu? Kalau suka makan bakso, kat situ ada jual bakso yang sedap sangat-sangat. Sampai kami tapau bawak balik rumah untuk makan malam pula. 




Bila kita naik cruise ni, akan dihidangkan air oren Sunquick yang boleh di refill berapa kali sekali pun. Jangan risau, ada toilet di tingkat bawah kalau dah minum banyak sangat sampai nak terkucil. Kami juga dihidangkan kek lapis sebesar jari. 4 potong sepiring dan yang ni takleh topup. 


Sepanjang perjalanan akan ada penerangan tentang apa yang ada di tepi-tepi sungai, tapi tak pay attention sangat. Bila dah letih seharian tak tidur betul-betul, penat berjalan, tambah pulak bila kena angin sepoi-sepoi bahasa atas cruise tu... mula la mata masing-masing pun layu.




Salah satu keistimewaan naik cruise ni ada persembahan tarian. Sebab tu mahal agaknya. Masa ni dah tak letih nak jalan pegi dekat. Ambil gambar dari jauh je.



Pabila hari mula melabuhkan tirainya, keindahan yang ada dalam gambar ini tak dapat di tukarkan dengan apa yang dilihat sendiri di sana. 




Lepas tu terus balik rumah, sebab nak tengok Kilauan Emas akhir. Disebabkan penat, kejap-kejap terlena, terlepas tengok Hattan dengan anak dia Adam menyanyi. Tau-tau je dah nak umum keputusan. 

p/s: Kuching #2 akan di sambung bila-bila free lagi ye? ^_^


No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^