Sunday, July 13, 2014
Ramadhan #15: Saya sudah, korang dah?
Thursday, July 3, 2014
Mahu berada di sana...
Terjaga.
Mandi.
Hidupkan tv.
Siaran langsung solat terawih dari Mekah baru mula.
Sayu. Pilu. Sebak. Rindu.
Berkecamuk dalam dada.
Membayangkan diri ini terselit dicelah-celah ribuan hamba Allah yang ada disitu.
Membayangkan diri ini kembali lupa duniawi dan hanya ingin berada dekat padaNya.
Semoga diri ini masih ada peluang dijemput menjadi tetamuNya... tak lama lagi.
Semoga peluang itu masih ada.
Really looking forward to it.
Amin.
Sunday, June 29, 2014
Ramadhan #1 1435H
Masih diberi kesempatan.
Semoga Ramadhan kali ni membawa makna untuk kita semua.
Tuesday, August 6, 2013
Ramadhan #28
Beli fry pan baru. Ceramic coating katanya. Besar pulak tu. Yang lama, non-stick coating tu dah mula berbulu. Takut memudaratkan kesihatan pulak. Tak sampai RM60 pun.
Petang tu terus cuba masak Ayam Masak Merah Madu. It was my first trial. Almost a success. Sedikit pedas dan kurang tomato puree. Takpe.. lainkali leh cuba lagi!
Monday, August 5, 2013
Ramadhan #27
Tidur. Letak tapak tangan kiri di telinga kiri. Persis berbual ditelefon gayanya.
Mimpi. Berbual mesra dengan bakal suami di telefon. Eh..kebetulan kah?
Bakal suami yang tidak diketahui nama mahupun rupa. Hati terus bergetar debar dalam teruja.
Terjaga. Jantung masih berdebar. Nafas terasa pendek-pendek. Terasa seperti perbualan tadi benar berlaku.
Permudahkanlah ya Allah.. sekiranya benar itu petunjuk dariMu.
Ramadhan #26
Mujur muat. Main agak je si Julie saIz M. Beli kat Daiso je. Kalau dah Daiso tu tau-tau jela harganya berapa kan? Dia ok je pulak bila dipakaikan. Siap boleh lena lepas dipakaikan baju. Good!
Tujuan utamanya nak kurangkan bulu Julie berterbangan dalam kereta dan melekat kat seat kereta. Agak berjaya la jugak. Lepas ni kena belibyg kurang cekci sikit supaya tak mudah melurut ke bawah.
J: Sengaja pakaikan Abam Ian baju Julie. Macam ok je... boleh beli la jugak cam ni. ^_^
Sunday, August 4, 2013
Ramadhan#25
Diaper Cake yang di'bako' dengan penuh kasih sayang untuk Dania Imani. Semoga sayang membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta sentiasa menyenangkan hati mummy dan babah Dania. Amin...
Friday, August 2, 2013
Thursday, August 1, 2013
Ramadhan #21
Dah nak hujung-hujung puasa baru dapat rasa bubur pulut hitam. This dessert has been one of favourite since I were small. Alhamdulillah...
Monday, July 29, 2013
Sunday, July 28, 2013
Ramadhan #18
Merapatkan ukhuwah yang terjalin sejak 1994. Tak cukup ahli. Yang penting hubungan terjalin tidak pernah putus. InsyaAllah...
Friday, July 26, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Monday, July 22, 2013
Ramadhan #13
Sayu semalam masih bersisa.
Hanya kalam Allah ubat mujarab untuk jiwa nan lara.
Friday, July 19, 2013
Ramadhan #10
Taken aback by a news this dawn. A friend back in uni.. passed away.
Ajal tidak kenal apa masa, usia, penyakit...apa saja. Bila Allah dah tetapkan ajal kita dah tiba, maka penyakit atau apa2 kejadian sebelum menghembuskan nafas terakhir hanya menjadi punca pemergian kita.
Semoga saya dan kamu dihidupkan dalam Islam. Dan dimatikan jua dalam Islam.
Al fatihah..
J: Tiba-tiba rindu pada arwah ahmadhakimi dan isteri.. al fatihah juga untuk mereka.
Thursday, July 18, 2013
Ramadhan #9
Hari ni banyak cakap. No good.
Hari ni banyak gelak. No good.
Hari ni banyak mukasurat bertadarrus. Very good. ^_^
J: Hadiah berserta nota di atas meja mengingatkan saya yang masih terhutang entri hari sukan rupanya...
Wednesday, July 17, 2013
Ramadhan #8
A week passed. Beautifully. A few more weeks to go. Hopefully with victory.
However, this young chap can only endure half day fasting. ^_^
Captured this moment as soon as I reached home. He greeted me and fell asleep again after a big yawn.



















