Thursday, July 17, 2014

Kuching #3

Hari ni kami bertukar driver. Hari ni abang Jalil pulak yang jadi driver kami. Mesra sikit daripada Che Mat. Kami cakap dengan dia nak makan mi kolok Hj Salleh. Sepantas kilat meredah jalan bandar Kuching yang tak jem tapi tak macam jem sangat tu pergi ke kedai tu.

Hari Ketiga bersarapan di Sepinang Sari sebab nak makan Mi Kolok Hj Salleh. Jumpa pasal kedai ni melaui research kat blog lah. Pagi tu, pelanggan tak ramai....tapi servis lambat sikit. Tak taula pulak kalau-kalau orang kedai tu bagi kat orang nak kerja dulu daripada kami yang bersenang lenang nak bersiar-siar sebab cuti. Mengikut pembacaan mi kolok ni sedap, but for me, I don't really favour it. Bolehlaa... tak sesuai dengan taste bud J agaknya. Tapi... kopi kat kedai ni memang kaw! Very the suka! (dah banyak hari tak pekena kopi agaknya, bila dapat kopi tu.. serius sedap, berlemak dan tak berapa manis sangat) Pandai budak tu buat air.

*Gambar sekeping pun tak ambil sebab dah lapar lambat sangat sampai mi yang kami order.

First activity hari ketiga ialah ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Pergi situ sebab tengok orang utan. Nak ke sini kena datang masa feeding. Kalau datang tak kena masa, takdenye nak jumpa orang utan keluar makan. Masuk ke sini kena bayar RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


Ni dia pantang larang kalau nak tengok orang utan. Nak cakap pun kena bisik-bisik. Kalau tak nanti orang utan lari. Kalau tak lari pun kena marah dengan orang keliling... huhu... Kebanyakkannya pelancong asing yang teruja nak tengok orang utan ni. Segala mak nenek kamera dengan lense zoom macam-macam saiz semua ada. semuanya meneropong nak ambil gambar orang utan.


Adalah rezeki kami hari nak tengok orang utan keluar makan. Sekor je pun yang keluarnya. Namanya Charlie, menurut renjer kat situlah. Baiknya punya posing gitu gini nak bagi orang ambil gambar dia. Yang J perasan, dia turun ambil nenas. Kemain sedap lagi dia makan nenas atas tu. Terliur la jugak nampak jus nenas tu menitis-nitis... hehe..


Lepas tu kami ke Jong's Crocodile farm. Harga tiket tengok kat gambar bawah ni.


Yang menarik kat sini Jumping Crocodile. Kena ada kat sini pukul 11 pagi sebab time tu la show Jumping Crocodile akan bermula. 





Selain buaya, ada je lagi macam-macam haiwan dalam ni, macam angsa kat bawah ni, babi hutan, memerang, musang, kera, ular, tuntong dan ikan air tawar.








Satu je yang J kesalkan... tiket masuk ke tempat ni agak mahal, tapi tak terjaga. kandang tak dibersihkan. Haiwan-haiwan lain selain daripada buaya semuanya kelaparan. Kesian sangat tengok...

Lepas tu kami patah balik ke bandar sebab nak cari ikan terubuk masin. Gerai ni kami terletak dihadapan seberang jalan kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Kalau kita nak beli mereka akan bungkus cantik-cantik dan kemas-kemas. Ikan-ikan kat sini semua fresh. Kata Abang Jalil beli kat sini, ikannya cantik dan elok. Ada juga gerai jual ikan terubuk masin kat luar kedai kek lapis dayang Salhah, tapinya mata-mata ikan tu nampak sangat dah merah-merah. 


Lepas tu kami masuk kedai ni dan beli lagi kek lapis.


Lepas tu, kami kembali ke waterfront, sebab nak beli lagi beberapa cenderahati untuk adik beradik. Kalau nak betul-betul cari cenderamata Sarawak yang elok dan berkualiti, belila kat kedai berhadapan dengan waterfront. Yang penting, survey dan tawar. InsyaAllah puas hati. 

Lepas tapau Bakso yang kami makan kat waterfront pada hari pertama tu, kami pun balik ke homestay. Makan kat rumah dan kemas beg untuk balik esok.


~read more~


No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^