Saturday, July 12, 2014

Kuching #2

Pagi-pagi hari kedua kami request Che Mat, driver  kami untuk bawak kami pergi sarapan di kedai yang ada jual Laksa Sarawak yang sedap. Dia bawa kami ke kedai Mom's Laksa, dekat je dengan kedai Zaharah Kek Lapis. Kami sampai awal, jadi orang masih tak ramai. 


Yang kami makan ni harganya RM5 semangkuk. Mungkin yang ni saiz biasa sebab ada nampak mangkuk besar jugak. Rasanya memang sedap! Rasa macam nak bungkus bawak balik, tapi memandangkan hari masih awal pagi, karang basi pulak smeentara nak balik ke rumah semula. So, maybe hari last sebelum balik, kami cadang nak breakfast kat sini lagi. 


Lepas sarapan, perjalan diteruskan ke Kampung Budaya Sarawak. Dalam perjalanan ke sana Che Mat bagitau ini la Gunung Santubong. 


Hari  masih awal masa kami tiba di Kampung Budaya Sarawak. Orang pun belum ramai lagi. Che Mat memang dah bagitau awal-awal supaya stick to our itenerary time supaya dapat pergi ke tempat-tempat yang kami nak pergi tanpa perlu bersesak-sesak. 


Kat bawah ni adalah antara rumah-rumah yang boleh dilawati.









Disebabkan kami pergi awal, jadi kami berhenti sekejap dan pergi ke main auditorium untuk menonton tarian kebudayaan pada pukul 11 pagi. (sila check details kat website).







Masing-masing memang enjoy tengok persembahan tarian kebudayaan tu. Last sekali ada joget lambak, kalau berminat atau teringin nak lepas gian, naik je atas pentas tu join joget beramai-ramai. ^_^


Lepas tu sambung melawat lagi.







Dalam setiap rumah yang kita lawati tu ada dijual macam-macam kudapan.  Jadi kalau rasa lapar boleh la beli buat kudap-kudap sementara nak tunggu lunch time.


Keluar je dari Kampung Budaya Sarawak, setentang dengan pintu masuk Kampung Budaya tu, boleh nampak burung besi ni. Monumen baru rasanya. Replika burung Enggang.



Tapi tak lama kami lepak tepi pantai ni. lepas ambil gambar, kami teruskan perjalanan ke Muzium Kucing di DBKU. A must place to visit juga selain Kampung Budaya Sarawak.


Dalam muzium ni, semuanya replika, patung, lukisan dan maklumat mengenai kucing je. 


Purposely took this picture sebab ghimau ni sangat kiut miut! 





Lepas tu kami lunch kat Kopi 'O' Corner. Masing-masing dah penat, jadi takde ambil gambar apa-apa pun. Tempat macam best. Tapi makanannya tak berapa nak kena dengan tekak kami. Kawan-kawan lain makan nasi, bakso dan roti canai. J makan Burasak dengan rendang ayam. Teringat makan burasak masa pergi Sabah dulu sebab tu nak rasa versi Sarawak punya, kot-kot la ada beza. Rasa tetap sama dan boleh tahan sedap la jugak. Rasa macam makan nasik lemak dengan rendang ayam la lebih kurang. 

Lepas tu kami request pergi balik ke Kuching waterfront, ada deretan kedai seberang waterfront tu menjual macam-macam cenderahati. Kalau nak beli cenderahati produk Sarawak, belilah kat sini. You can get goods with good quality here. Kalau nak tunggu pergi Serikin, memang lah ada, tapi kat Serikin banyak barangan Indonesia daripada Sarawak. Kalau datang Sarawak nak shopping betul-betul, J cadangkan spent time betul-betul kat kat sini dan keluarkan skill tawar menawar sebab kebanyakkan kedai jual benda sama dengan harga berbeza-beza.

Lepas shopping, kita makan kat Top Spot Seafood Foodcourt! Che Mat kata seelok-eloknya kena sampai situ 6.30 petang, kalau tak, sesak dan lambat akan dapat makanan. Macam nak sawan tengok seafood semua fresh! Klik link kat atas kalau nak tengok gambar yang jelas. Gambar yang J amik ni tak jelas la pulak, kalau tak silap gerai nombor 25. CheMat yang suggest pergi sini. malas nak ambik lain, tak tahan tengok yang lain dah mula sudu nasik masuk mulut.


Menu yang dipesan Siakap Sweet Sour, midin belacan, buttered prawn dan kerapu stim nyonya. perghhhh.... memang sedap licin licau... Walaupun tak order banyak, tapi alhamdulillah cukup untuk 7 orang makan. Kenyang sampai sengkak perut la jugak.



Lepas kira-kira, campur tolak bahagi, sorang bayar RM20 je. Whooaahh... sangat berbaloi-baloi. Malam tu balik ke rumah dengan perut kenyang, hati pun senang. 

Kuching #3 to be continued...

Read Kuching #1 here. 
^_^

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^