Tuesday, December 13, 2011

5 minit je..

J baru pulang dari pasar. Tarik je handbrake, dia pun sama melabuhkan badan depan pintu pagar rumah. Hari pulak tengah panas. Depan tu teduh la sikit.. Kesianla pulak tengok dia. Rumah jiran kiri kanan takde awning atau tempat teduh untuk dia tumpang walaupun kiri dan kanan semuanya kaum cina belaka.


J pandang dia. Dia  pandang J. Pintu masuk kat tempat dia duduk tu la. Sebelah lagi kunci. Loceng pun sebelah kiri dia duduk tu. Hmm... Dekat 5 minit jugakla tunggu dalam kereta sebab nak bagi dia rehat kejap.


J keluar kereta. Dia masih tak bangun. Lagi 4 tapak nak dekat baru dia bangun, menjauh. Tapi tak jauh. Dia masih pandang J. Ala.. Muka dia memang mintak simpati. Haihh... J cakap elok-elok, pergila duduk kat rumah pencawang kat  padang depan rumah. Makanya, terkedek-kedekla dia ke padang cari tempat teduh lain..


Published with Blogger-droid v2.0.1

1 comment:

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^