"J ada nak buat apa-apa tak hari ni? Boleh ganti akak tak bawak budak prasekolah ke Pusat Sains Negara"
"Emm.... (berfikir sejenak) Takde apa-apa rasanya. Okay lah"
"Nanti bagitau kat Encik PK ye?"
dan... menggedik-gedik J ikut budak-budak prasekolah menjongket ke Pusat Sains Negara.... Yang ye nye... dah lama tak pergi sana. Tu yang teringin nak ikut. hik.. Nyebok je. Orang dah suruh gi jenjalan, pegi aje lah. Encik PK pon kasi greenlight. Apa lagi, laju je naik bas.
Bila ikut budak-budak prasekolah, sendiri kena ingatlah... kanak-kanak kecil.. kecoh je mulut tak henti-henti... Sifat keterujaan dan ingin tahu mereka tu, toksah cakaplah... Sentiasa to the MAX punye... Macam mana la Aznee mengajar ye???
Lab Station tempat persinggahan pertama. Untuk makluman, kalau anda nak bawa anak murid masuk program ni, bayaran akan dikenakan RM 3 seorang. (kalau tak silap untuk yang kecik-kecik je rasanya)
Menarik juga aktiviti yang berkaitan dengan sains yang mereka buat. Budak-budak tu memang seronok sangatlah.
| How many fingers do you have??? Tennnnn..... |
Part ni yang paling J suka. Riuh mulut masing-masing tengok ikan besar-besar dalam akuarium tu. Macam-macam soalan keluar dari mulut budak-budak kecik tu.
Kenapa ikan tu besar? Kenapa ikan tu warna putih? Ikan tu makan apa? Ikan besar tu ikan jaws ke? (padahalnya ikan patin sebenarnye.. hehe) Ikan tu makan orang tak?
dan.... macam-macam soalan keluar dari mulut munggil budak-budak tu.Tak terjawab dibuatnya... hehe...
| Bukan diorag je.. ticer yang ikot ni pun suka tengok ikan besar-besar tu. :) |
notakaki: kagum dengan guru-guru prasekolah dan ibu bapa yang ada anak ramai... tabik spring lah!!
hehe..comei la diorang tanya pasal ikan....layan je miss j ni...hehe
ReplyDeletememang macam-macam kerenah diorang. Dah soalan ditanya... jawab ajelah. Tapi pening jugak nak jawab soalan yg datang banyak sekaligus! hehe..
ReplyDelete