Wednesday, November 24, 2010

Julian Pt 2

Bila dah NEKAD niat di hati (baca Julian Pt 1 kat sini), terus J hubungi Ana (kawan J) di FB. Alhamdulillah... Julian masih ada pada dia. Lepas berhubung gitu gini gitu gini... pet carrier pun dah siap beli, pada 29.10.2010, J bersiap-siap ke Equine nak ambil Julian.

Berdebar-debar je rasa sebelum nak jumpa Julian. cheh... macam nak gi jumpa boipren je. hik.. Masuk je rumah Ana, menyerbu bau kucing menusuk ke hidung. Penuh kucing bersepah-sepah dalam rumah dia. (takde le bersepah sangat.. ada 8 ekor je termasuk Julian) Mula-mula nampak Julian, dia dok sibuk main. Yang datang dekat dengan J adik dia Belimbi. Berbulu hitam berkilat dan berbulu putih di leher.. ekor panjang melentik. Ana kata Belimbi tak pernah pergi dekat dengan strangers. Dengan Ana pun susah. Ana nak pegang pun susah. Tapi dengan J elok je.. J main kuis-kuis jari dengan Belimbi.. angkat dia letak atas riba. eh... elok je dia diam meliang liuk kena gosok dgn J. Umm... macam suka pulak budak itam tu. Ekor pun panjang melentik!

Julian di rumah Ana. Kat belakang tu, (kiri) Kuro (kanan) Belimbi

Sebenarnya dari kecik J suka kucing warna HITAM. Disebabkan dah janji dengan Ana nak ambil Julian, jadi kena tepati janjilah. Kalau ikutkan ada juga orang lain tanyakan si Julian tu. Tapi Ana booked untuk J. (walaupun masa book dulu macam tak confirm betul-betul).


Ana duduk tingkat 3, jadi Ian tak pernah keluar rumah. So, it was his first ride in the car. Biasalah...orang tak pernah keluar rumah. naik kereta pulak tu...bising aje mulut dia sementara nak sampai ke rumah J. Sampai rumah, biarkan dia dulu dalam carrier tu.. bagi dia amik bau dulu rumah J.


Lepas J urus diri, Julian masih diam. meliar mata sana sini tengok keliling. J keluarkan cat capsule. Buka pintu carrier, perlahan-lahan dia masuk dalam tu. I want him to know that, the capsule is his poo poo and wee wee box. ^_^ Lama jugak la dia melepak dalam tu. Rupa dia toksah cakap la.. curious je manjang. (telinga dia ke bawah je..)

Malam tu, J teman dia kat luar. Kononnya nak teman dia. Aiyohhhh.... tak tidur J dibuatnya. Asal nak lena je, dia mengiau cari adik beradik dia yang lain. Bila J panggil dia, senyap kejap. Ntah berapa puluh kali dia tawaf rumah pun tak tau lah.. hehe.. J dah la ngantuk. Asal nak terlena je balik, kalau tak mengiau, dia datang cium-cium muka J ajak main... Pendek katanya memang lena-lena ayam malam tu. ish..ish...

eh... ape ni?
I still have a few hammies with me. Ciko, Cikai, Gomok & Merah. And Ian was curious and interested with the moving furry small 'thing' in the cage. Mana taknya... waktu malam hammies J sangat aktif..memanjat, berlari sana sini. Nasib baik la bebudak kecik tu dalam cage. Kalau tak... habisla kena hambat! Lama-lama dia pun dah tak heran dah dengan budak-budak kecik tu.. ^_^

ish... kena mandi pulak... abish bashah vulu ai.. ^_^

Sebelum bawak Ian balik, Ana dah cakap tak sempat nak mandi dia. Tau-tau je la... kalau dah lama tak mandi... alalalala... bucyuk ya amat! Lepas 2 hari sampai kat rumah J baru J mandikan dia.

mami pakse saye mandi. >_< tak shukerrrr...
 wah... panjangnyerr...  udah-udah lah tu yek? Kalau ada masa lagi kasik 'up' pulak Julian pt3. tungguuuu....

3 comments:

  1. suka! suka! hehe.. Ms J adopt Julian ye?.. agaknya mcm ni la Anggish DC dgn adopter dia.. agak ambik masa menyesuaikan diri..

    ReplyDelete
  2. waa comel la Julian suka tgk muka dia :)

    ReplyDelete
  3. DC: a'a... kawan beri adopt free. Mungkin la.. Tp Anggish ada kawan lain kat rumah tuan baru dia. Julian yang kesian sebab ada J je kat rumah tu..

    MM: Chomel kan?? Lepas bagi makan Science plan ni.. makin demok pulak budak nih!

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^