Thursday, September 2, 2010

Dah Shopping Raya?

Saya sudah!

Kat mana lagi kalau tak tempat kegemaran semua...

Kat Jalan Tunku Abdul Rahman lah...

Tahun ni pecah rekod! Sebab Pak Mat turut serta. Teringin agaknya sebab dah bertahun-tahuhn J dengan Mak Iti menyukat gerai-gerai kat situ dari pagi sampailah lewat petang. Dari mana datangnya tenaga pun ntah lah.. hehe.. 

Tapi malam sebelumnya, J dah teman Pak Mat membeli belah di One Utama.

Agak terbelah lah sikit poketku ini.. (-_-)

Berbelanja mestilah dengan berhemah. J keluarkan belanja untuk kuih sedikit dan baju kurung (ingatkan tak perlu nak beli/buat baju kurung untuk raya tahun ni). Dan yang satu ni rasanya paling bermakna ketika pembayaran dibuat. Mesti korang dah pernah tengok benda alah ni kan?



dan.... 

fungsinya adalah untuk menjaga 'awning' tudung-tudung baru yang J baru beli tuh yek?

Yang kosong kat bawah tu.. akan diisi tidak lama lagi!
notakaki: esok nak pergi UPM semula. yeay..boleh singgah beli tudung kaler merah..hitam.. putih.. mm.. mm.. kaler ape lagi yang takde yek?

Wednesday, September 1, 2010

Murtabak Megi Param Jalan Kuching

Sejak Mak Iti duk sini dalam bulan puasa ni, hari-hari J menjengah ke param. Kalau tak ke situ, ke sana... Jadi, bila dah ke param tu.. pahem-pahem aje lah.. LAPAR MATA. hehehe... 

J dah beli mihun sup dan ayam crispy goreng je untuk berbuka. Sekali Mak Iti ternampak murtabak ni dan mengusulkan supaya dibeli barang sekeping dua untuk mencuba.


Lepas berbuka, J belasah mihun sup dgn ayam crispy goreng tu saje... Lewat sikit, baru berani menghadap murtabak ni. Rasanya... mm.. mm... agak dibawah jangkaan. Kalau dibaiki adunan telur tu, mungkin lebey ngancam! (sukati ko jek nak ubah resepi orang kan? nak sedap sila masak sendiri! akekeke) Tapi okay je sebenarnya... Bolehlah tahan..

Pape pun, kalau rasa teringin pergilah cari kat Param Jalan Kuching ye?

notakaki: eh.. dah ada dua entri pasal murtabak di bulan Ramadhan ini rupanya!

Tiba

J ketemu dengan lagu ni di laman Zara. Selalu terdengar promo di radio. Tapi pernah dengar sekali sahaja sebab jarang bertemankan stesen radio tersebut di dalam kereta. Faizal Tahir memang dah lama J minat. Faizal Ismail pula pabila mendengar celotehnya boleh buat J ketawa terkekeh-kekeh. Syahir..mm...masih belum dapat kenal pasti apa yang menarik selain wajahnya itu.. ^_^

Katanya lagu raya. Tapi tak dinyatakan dengan jelas dalam liriknya. Tersembunyi disebalik kata-kata puitis dalam lirik tersebut. Dengar dan hayati ya?




 Tiba - Faizal Tahir, Faizal Ismail dan Shahir

Separuh dari hatiku
Ingin terus tinggal bersama denganmu
Sehingga umurku membawa
Kembali ke hari pertama
Pasti aku tunggu

Aku mula dengan baru
Aku pulang ke asalku
Membiar kau mengisiku yang pudar
Bertahan bersaksi berbagai
Patah tumbuh hilang berganti
Pasti ada kamu

Selamat pulang rasa
Ke asal jiwaku
Selamat kembali aku
Ke jalan lurusmu
Selamat datang cinta
Ke ruang hatiku
Hari ini yang menunggu
Hari yang selalu penuh baru

Bergema sempurna
Dalam diri yang teruja
Jiwa penuh cahaya
Menghias setiap seudut alammu

Dapatkah kau rasa?
Apa yang ku rasa?
Engkau dan aku
Sama tahu
Harinya telah tiba
 
 notakaki: Kalau Hanya Faizal tahir & Syahir sahaja yang menyanyikan lagu ini boleh tak?

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^