Monday, July 15, 2013

Ramadhan #6

Saya pernah ingin meluahkan kisah ini satu ketika dulu. Tapi tak terluah.

Pembulian di tempat kerja berlaku lagi. Kerja yang sepatutnya diuruskan/dilakukan oleh yang sepatutnya ditolak kepada orang lain. Mentang-mentang mereka itu orang yang mempunyai wang. Tahunya mengarah sahaja. Minta pertolongan konon tapi diberi upah kerana menggantikan tempat mereka. Janji mereka boleh rileks.. goyang kaki.

Yang menjadi mangsa...biasanya 'penyapu baru' dan juga yang bujangan. Sepertinya 'penyapu baru' dan bujangan itu tiada kerja atau urusan lain mahupun kehidupan sendiri yang perlu dilalui. Pihak atasan pula ikut saja cadangan beliau itu tanpa banyak soal... terus sahaja arahan dikeluarkan. Dimanakan adilnya di situ?

Selagi boleh ditepis... ya, saya tepis. Selagi boleh dibantu... ya, saya bantu.
Saya tak pernah berkira terutama berkaitan anak murid. Malah berbesar hati melaksanakan tanggungjawab. Tapi kalau dah terlalu SELALU dan KERAP. Siapa yang tahan...?

Tapi... sampai bila pembuli ni akan sedar dan berubah sikap? Hmm....

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^