Thursday, July 25, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 18, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan 2013 tahun ni berlangsung pada 6 Julai yang lepas. Gambar-gambar tahun semuanya atas ihsan seorang teman yang menjadi jurugambar pada hari tersebut. Memandangkan beliau juga adalah guru rumah merah, jadi banyak pilihan jugaklah gambar yang boleh dipinjam.

Tahun ni J terikat dengan persiapan buku program. Agak huru hara hidup dan sangat tak seronok sebab tak dapat memberi sokongan kepada murid-murid ketika acara tarik tali dan beberapa acara akhir yang dijalankan sebelum hari kejohanan. Oleh itu, tahun ni J tekan 'remote control' je. Semua pertanyaan, pendapat dan arahan adalah melalui telefon dan whatsapp. Terasa seperti BOSS hokey!

Rakan-rakan yang merupakan tulang belakang umtuk persiapan tahun ini. Tanpa bantuan mereka, perbarisan rumah merah takkan kelihatan gah begini.


Maskot rumah merah. Ali Baba & Marjinah yang comel. Tarbus tu J buat sendiri pada malam sebelum kejadian.


Banyak aksesori recycle je dari tahun lepas. Demi menjimatkan.


Comel kan?


Upaca perasmian.


Perbarisan keluar padang.


Budak ni simpan misai dan jambang yang dilukis sampai ke akhir acara. Suruh cuci pun tak mau. Hehe..


Acara ibu bapa dan guru tahun ni sangat menarik. Selalunya tarik tali je. Dan selalunya ibu bapa lah yang menang. Kederat ibu bapa murid-murid sangat KUAT tau!

Tahun ni untuk kaum bapa, diadakan acara lum basikal. 


Bila rantai jatuh.... kena pikul lah!


Acara untuk kaum ibu pula 4 x 50m. Hehe... J and the geng berlarilah sekuat hati. Walaupun pasukan J besar-besar dari segi saiz (termasuk J lah tu), tapi kami dapat berlari dengan lajuuuuu! 

J pelari terakhir. Dah tau memang berada di hadapan..maka dengan confidentnya... memecut kegarisan penamat sambil memusing-musingkan baton ke udara dan menjadi JUARA!


Alhamdulillah.. rezeki rumah merah tahun ni. Menang perbarisan terbaik dan menjadi JOHAN keseluruhan untuk tahun ni. 


Semoga tahun hadapan kita menang lagi!

Hip hip horey!

2 comments:

  1. amboi lah...semangat...patutlah dpt pelari gedik terbaik adeh~ hahaha...

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^