Tuesday, June 11, 2013

Kembara Umrah 2012 Pt 3

**Ini entri yang panjang dan bersiri. Perkongsian yang diharapkan dapat meleraikan rindu pada yang sudah ke  sana dan pembakar semangat serta memberi maklumat tambahan kepada yang bakal pergi**

Kembara Umrah 2012 Pt 1
Kembara Umrah 2012 Pt 2


Entri kali ni saya rangkumkan sepanjang keberadaan saya di Kota Mekah. 

Perjalanan ke Makkatul Mukarramah bermula dengan miqat di Bir Ali. Memang ini tempat persinggahan untuk bermiqat dari Madinah. jadinya memang banyak bas yang diparkir di sekitar masjid. Jadi kena berhati-hati  sebelum naik bas, bimbang tersilap naik bas. 



Perjalanan ke Mekah agak lama. dalam 7-8 jam. Sepanjang perjalanan memang tak ada apa-apa melainkan padang pasir.


Setibanya di tanah haram, hari dah gelap. Walaupun dah malam, kota Mekah tak pernah sunyi dan tak pernah diam.


Masa ni, dalam hati berdebar-debar tak terkata. terasa sangat degap-degup jantung di setiap langkah menuju ke pintu Masjidil Haram. Nampak tak muka cuak tu? ^_^


Alhamdulillah... syukur tak terhingga di atas nikmat rezeki pemberian Allah yang mengizinkan saya menjadi tetamuNya. Demi terlihatkan kaabah di depan mata, serta merta airmata mengalir...SubhanaAllah.. betapa indahnya apa yang terlihatkan dihadapan mata.  Terasa kerdil sangat diri ini. Walaupun banyak kekhilafan dan kejahilan dalam diri ini, masih Allah berikan ruang dan peluang untuk kembali ke jalanNya... hmm... hanya mereka yang dah pernah jejak kaki ke sini je yang tahu apa perasaan sebenar tatkala terlihatkan Kaabah. 

Setelah selesai umrah, kami bertiga bersaie'. Safa dan Marwah tidak pernah sunyi. Pada jam 3 pagi tetap penuh dan sesak dengan lautan manusia.



Ramainya orang dari serata dunia menunaikan ibadat tawaf menjelang Maghrib. Sebenarnya, tak kira masa. Sentiasa penuh dengan orang. Tambah-tambah lagi kalau hari Khamis dan kemuncaknya hari Jumaat. 


Satu-satunya meow jinak yang ditemui dalam perjalanan pulang dari masjid. Selamba melepak disitu dan tak lari bila disentuh. Tapinya kesian kucing-kucing kat Mekah ni. semuanya comot-comot dan kurus belaka. hmm... kenapa ya?


Ziarah ke Jabal Rahmah, di mana tempat bertemunya Adam & Hawa. 


Sepotong doa juga telah dititipkan disini. Semoga satu hari nanti insyaAllah, Dia akan dimakbulkan.


Dalam lautan manusia yang membanjiri Masjidil Haram, dengan izinNya pasti ada ruang untuk kita beribadat. Walaupun kelihatan seperti tiada ruang untuk kita mencelah, namun dengan kuasanNya pasti ada ruang yang secukupnya untuk kita beribadat. Cumanya NIAT kita kena sentiasa betul. Apa yang dibuat hanya untukNya. 


Air zam-zam ada di mana-mana sahaja. Sentiasa akan diganti baru jika sudah kekeringan. Tidak perlu risau jika merasa dahaga pada bila-bila masa. Sejuk atau tidak, semuanya ada. Selain diminum, ada juga yang berwuduk gunakan air zam-zam ni. Nak ke tandas agak jauhlah juga. Jadi ramai yang ambil air zam-zam secawan dan berwudhu'.


Selepas tawaf dan saie' kedua, kaki saya dan mak Iti sakit. Walaupun sakit, tidak bermakna tidak boleh melakukan ibadat umrah. Ada khidmat penyewaan skuter di tingkat 1 (sekarang dah tak ada kalau tak silap). Boleh digunakan untuk tawaf dan saie'. 100 riyal bayaran sewa yang dikenakan. jadi tak ada alasan untuk melepaskan peluang beribadat bila sudah berada disini....kan? Kalau takda skuter ni, boleh upah pak-pak arab tolak kerusi roda. Kita cuma duduk dan baca sahaja doa-doa yang perlu dibaca. 


Terus terang... kalau nak tawaf, tawaf la sendiri, di atas kaki sendiri, mengelilingi kaabah. Nikmatnya lebih indah berbanding naik skuter/kerusi roda di tingkat satu. Walaupun, matahari tegak atas kepala, tidak sekali pun J terasa teriknya panas matahari. Betapa besarnya kuasa Allah. Sepanjang tawaf, tak terasa panas langsung. Tak berpeluh. Malah terasa seperti ada angin yang bertiup menyejukkan diri ini di tengah-tengah ribuan manusia di kiri kanan depan belakang saya. Ikut logiklah, datang dari mana angin tu kalau dah ramai orang yang turut sama tawaf keliling saya kan? Ketika sujud untuk solat sunat tawaf juga, tidak terasa kepanasan lantai yang terdedah kepada cahaya matahari. Itulah kebesaran kuasa Allah yang tak dapat langsung kita nafikan.


Cuaca sangat panas sepanjang berada di Madinah & Mekah. Kalau pergi masa cuti sekolah tengah tahun memang panas. Saya sentiasa berkaca mata hitam untuk mengelakkan pening kerana silau cahaya matahari yang terik. Alhamdulillah.. sekali pun tak pening dek kerana silau yang sangat menyucuk mata.


15  Rejab 1433H. Cantik bulan menghiasi langit.


Masjidil Haram dalam proses pengubahsuaian, pembesaran dan penambahbaikan. Sangat kasihan melihat pekerja-pekerja pembinaan yang bekerja dalam panas terik matahari setiap hari. Betapa besarnya pahala mereka membina kemudahan yang bakal digunakan oleh lebih ramai lagi muslimin dan muslimat. 


Oh ya... kalau dah ke ladang unta, mesti ambil gambar dengan unta. Masa ni terlupa nak bawa kamera. Jadi gambar ni guna kamera telefon yang pixelnye agak kecil. Kalau dah ke ladang unta jangan lupa cuba minum susu unta. Lepas perah terus boleh minum. Dengan syarat jangan cium bau. terus minum. Lemak & berkrim. Sangat sedap tau!



InsyaAllah saya telah doakan supaya rakan-rakan yang saya kenali yang belum menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah, akan segera dijemput menjadi tetamuNya pula. Untuk diri saya sendiri juga saya doakan supaya dimurahkan rezeki supaya dapat kembali ke situ. Jika tidak bersama ahli keluarga, insyaAllah bersama pasangan saya nanti. 

Semoga anda yang membaca, yang tidak saya kenali juga diberi kesempatan untuk merasai dan menikmati kebesaranNya yang tak sepenuhnya saya kongsikan disini. (maaf, saya bukan orang yang pandai bercerita) Baca cerita atau dengar cerita tak sama bila kita sendiri yang alaminya... Semoga Allah sentiasa merahmati kita dan melimpahi kita dengan kasih sayang dan rahmatNya untuk sentiasa ingat kepadaNya. 

J: Setelah setahun berlalu....... Alhamdulillah.... satu persatu doa-doa yang saya panjatkan kepadaNya, telah diterimaNya dan dikabulkan. Semoga doa saya di Jabal Rahmah juga akan dikabulkan satu hari nanti. Aminn...

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^