Friday, October 7, 2011

Giliran Julie..

2 Julai lepas J bawak Julie ke Klinik Kembiri DBKL/SPCA kat Setapak nuh. J da call 2 hari sebelum pergi. Masa J sampai tu, raaaaaaammmmmaaaaaiiiiiii yang amat. (saje je eja panjang-panjang sebab menunjukkan yang memang ramai sangat orang kat situ pagi tu) 

Lepas isi borang, dapat nombo giliran Julie. Julie dapat nombo 30. humang aih... masa  J dah letak Julie kat dalam tu pun masih ada yang datang bawa kucing. Kalau tak silap hari tu saja ada 70 ekor lebih kurang kucing yang dibawa untuk dikembirikan. waahh... banyakkan? Kalau tak silap ada 4 orang doktor yang bertugas untuk buat kerja-kerja tu. 

Sementara menunggu tu, J melepak kat Alpha Angle. Meronda kawasan jajahan suatu ketika dulu semasa zaman remaja.. ahaks.. 


Masa ni dah jam 2.30 petang. Lengang. 

Semua owner kekucings dah balik. cuma tunggu call je dari Mr Krishna (manager tempat ni) untuk datang collect kucing dan buat bayaran. Nampak tak bakul pink tu? Kat luar tu pun masih ada beberapa cage, carrier & bakul yang berisi kekucings yang belum di operasi. 

Tepat jam 3.00 petang, Mr Krishna kata dah boleh ambik Julie bawak balik..  
Yeay...

Sampai je rumah Julie masih tak sedo diri. Masih mabuk bius. Nak tarik keluar macam seriau pulak. Dia nak keluar sendiri pun masih teragak-agak...


Nampak nombo atas kepala dia? ^_^


Dekat setengah jam jugaklah dia menung depan carrier tu. Sempat ladi J solat, buang air, menyapu bagai. Last-last, J pusing dan baringkan dia. baru angkat keluar. Dia macam menggelupur nak lepaskan diri. Mungkin trauma. Nak usap kepala pun menggelupur macam orang gila je. mm... mungkin juga itu tindakan refleks dia di luar sedar agaknya. 


Bila dia dah okay sikit, J riba dia. usap-usap dia. baru la J nampak perut dia macam mana.


eh..... Kenapa macam kecik je??? 

Masa menunggu Julie hari tu, J dah terbayang Min Tomin, kuceng si MM. Cuak gak memikirkan pasal tu... hehe... mungkin yang ni cara yang lebih moden kot. Lepas tu sepanjang malam la J letak di Julie dalam cage. J tarik cage letak kat hall. Maka bertiga la kami tido malam tu kat hall...


Keesokkan harinya, jeng..jeng..jeng.. HILANG ABES PLASTER!
Mesti Si Julie ni rimas dan buangkan. 
Haa... Baru nampak memang kecik amat tempat potong tu. panjang dia seinci lebih sikit je. 
Tapi tau tau je la kucing kan... bukan reti nak duduk diam. Keluar je cage berlari macam tak cukup tanah. Kita yang tengok ni risau kat dia... 

Julie..Julie..

5 comments:

  1. mcm chemot la...leh dia tarik benang yg jahit..sbb nmpak cam tali..hehe terbukak sket adeh...menakutkan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah selamat..

    haah la kecik je kan, lain doktor lain cara kot ekk huhuu..takpelah janji dorang selamat :)

    ReplyDelete
  3. Ery: takut la jugak. Sebab bendanya kat dalam kita tak nampak kan? Tambah pulak macam bengkak je kat dalam tu.

    m.q.: Mekasih.. :)

    MM: Tu yang heran lah jugak. Tengok si Min tu panjang pulak tempat potongnya. Siap nampak benang jahit. Yang ni takde benang jahit langsung.

    ReplyDelete
  4. Uuuii, nampak macam menakutkan jugak. Tapi memang untuk kebaikan kita dan anak bulus jugak kan..

    Tahniah awak, sbb dah berjaya buat 1 amal ! ;)

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^