Friday, July 2, 2010

Dah nak malam baru J balik?

Pertama kali Atok (nenek) menjejakkan kaki ke rumah J.
Dia sampai dihari J sedang bekerja.
Kebetulan, minggu yang sangat sibuk dengan pelbagai hal.


Setelah selesai mesyuarat dan membantu rakan-rakan untuk program hari Sabtu ni, J pun bergerak pulang tatkala jam mula menginjak hampir ke jam 5 petang.

Hari dah mula gelap, mungkin nak hujan akan turun.

Tiba di hadapan pintu rumah pada jam 5.15 petang.

J: Assalamualaikum.... Atok, ape kabo? Sihat ke?

Atok: Atok sihat. Hhmmm... Dah nak malam baru balik rumah ye?

J: Ye la tok.. (tersengih-sengih) Nak buat camne. Dah namanye keghoje...

Adehh.... walaupun tiada nada menyindir, tapi teguran itu cukup menikam kalbuuuu....  

nota kaki: Lega kerana sudah habis menyemak kertas ujian intervensi 3 tahun 6.

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^