Sebahagian Sungai Perak yang sepanjang 400km. Di depan sikit sungai ni, tempat J.W.W Birch dibunuh. Sejarah ni.. dalam buku teks ade ye.. sila ingat semula. Kalau tak ingat.. Klik di sini yek?
Pintu masuk ke Terowong Masa Sejarah Pasir Salak. Kami datang ke sini hari Isnin, jadi tak ramai pelawat yang datang melawat.
Sebenarnya tak leh tangkap gambar. tapi... ssshhhh.... J amik dua je. Dalam terowong masa tu, ada diorama. Diorama tu macam dalam gambar kat bawah ni lah. ada patung--patung kecil yang di hiaskan mengikut keadaan yang berlaku pada masa tu, rumah-rumah, pokok, pokok, senjata dan sebagainya. Semuanya menceritakan kronologi sejarah yang berlaku di Pasir Salak.
Ini jam suria. Orang dulu-dulu tengok masa menggunakan jam suria ni berpandukan cahaya matahari sebab tu ia di panggil jam suria.
I was curious. How does this thing works?
So, I compare the shadow on the Jam Suria with my analog watch. (sila abaikan bulu roma yang kelihatan yek? huhuhu..) Hampir tepat kan??????
Ma kata dulu-dulu masa dia kecik selalu tumbuk beras sampai hancur untuk dijadikan tepung dengan menggunakan alat ni.
Sayang seribu kali sayang.... tempat ni penuh dengan maklumat sejarah yang sangat berharga, tapi malangnya penjagaan tempat ni lagaknya seperti diabaikan. Tidak dijaga dengan sempurna. yang paling menyedihkan Komplek yang menempatkan sejarah menteri-menteri besar Perak. Ketika Kami masuk, bangunan tu langsung tidak di buka suis lampu apatah lagi aircond. Semua bahan pameran berhabuk dan kelihatan seperti dah lama tiada yang datang melakukan kerja-kerja pemuliharaan. Mungkinkah sejak berlakunya kucar-kacir tampuk pemerintahan Perak menjadi salah satu penyebab kompleks ni jadi macam ni? hm.. ntah la..
Kesian akak kan? Datang jauh-jauh nak tengok bahan sejarah, tapi tempatnya tak dijaga dengan baik.. kan? Adik tau akak tak berapa nak minat sejarah, tapi tapi adik pun sedih kak tengok tempat ni macam ni...











No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..