Di pagi hari krismas yang indah, J bangun lewat. Bila dah lewat, perut pun segera bekeroncong hebat. Tak kuasa la nak keluar cari makan la pulak bila tengok hari dah nk dekat tengah hari. J teringat resipi yang J jumpa masa blog hopping. Oatmeal French Toast kot nama dia.. Tapi J aci belasah je guna apa yang ada.
Bahan-bahan yang digunakan:
5 keping roti
2 biji telur
2 sudu besar susu cair (J takde fresh milk, tu je yg ade dalam peti ais... kira aci lah kan? hehehe)
oatmeal
lada hitam/lada putih
garam secukup rasa
Caranya sama je macam nak buat roti telur biasa... Yang tak biasanya bila tambah susu dalam telur. Campur sekalilah lada hitam/lada putih, susu dan telur secukup rasa dan dipukul bersama 2 biji telur. Jangan lupa sediakan satu piring yang dah di tabur rata dengan oatmeal. Lepas celup roti tu dengan telur, salut roti tu dengan oatmeal. Lepas tu goreng. Jangan guna minyak banyak sangat yer... Kurangkan penggunaan lemak & minyak dalam pemakanan seharian yek?! (",).
Inilah hasilnya...
Ma makan 2 keping, J makan 2 keping. Tapi kenyangnya... subhanallah... sampai lewat tengah hari. Very fulfilling dan SIHAT! Ma makan kosong je... J cicah dengan sos... yummy!
Thanks to The Pink Stilettos for sharing the recipe wit me!
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..