Saturday, December 5, 2009

Di atas. Di bawah. Di depan

Ape benda atas, bawah dan depan tu???  Nanti J cerita.. apa kaitannya...

Dah dua kali J menggantikan ma mengajar anak buah J mengaji muqaddam. Since ma has not recovered yet, ma requested me to replace her. J ingat nak sambunglah terus dari bacaan terakhir mereka bersama ma. Oh ye.. mereka tu adalah Adam & Haziq. Adam ni anak sedara big bro J, 10 thn. Haziq ni baru 5 tahun, tapi alhamdulillah dah boleh membaca lah juga.

Bila mereka membaca, banyak lagi kesalahan yang mereka buat. Jadi J suruh mereka ulang semula dari alif ba ta sampai ya. Kalau korang pernah tengok muqaddam.. mesti pernah tengok ni kan?




Ini kisah Haziq sebenarnya.. J dah ajar sekali dan J suruh dia  ulang baca sendiri. Sambil J mendengar bacaan Adam.Telinga J tertangkap bacaan Haziq...

Alif dua di atas AN... Alif dua di bawah IN...Alif dua di depan UN... AN, IN, UN

Ba dua di atas BAN... Ba dua di bawah BIN... Ba dua di depan BUN... BAN, BIN, BUN

Ta dua di atas TAN... Ta dua di bawah TIN... Ta dua di depan TUN... TAN, TIN, TUN

Tha dua di atas THAN... Tha dua di bawah THIN.. Tha dua di tepi THUN....

J: (dalam hati... hah TEPIIII??????) Hhhaaaaiiiiiippppp!!!!!!! Piapppppp...... (J rotan karpet sebelah dia)

J: hah... Mana ade baris tepi-tepi!!!!! (dalam hati nak tergelak sangat dah ni..) Suka hati je nak ubah... Tu baris ape tu???

Terkebil-kebil dia pandang muka J... Serius nak gelak besar dah  masa tu. Tapi J tahan juga. Kesian la pulak.  Lepas kena sergah tu.. dua tiga kali tersasul bari di tepi. hehehe... Lepas budak-budak tu balik, J cerita la kat ma. Terkekeh-kekeh dia ketawa sampai keluar air mata... hehehe...


nota kaki: Naseb ko la Haziq dapat Mak Su garang macam J ni.. hiks.

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^