KUANTAN: “Menggeletar badan saya apabila melihat bayi lelaki itu menangis atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah selepas tercampak keluar daripada kereta,” kata Bakhtiar Md Dom, 33, saksi kemalangan maut di Kilometer 205.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.
Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan mendapati keadaan di laluan itu kelam-kabut sebelum tergamam apabila melihat kereta mangsa ‘terbang’ ke laluan bertentangan.
“Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.
“Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah,” katanya.
Menurutnya, dia mahu mengalih bayi ke tepi jalan tetapi membatalkan hasrat itu selepas mendapatinya mengalami kecederaan parah di kepala.
“Saya kemudian meminta bantuan orang awam untuk mengangkat bayi itu ke HTAA,” katanya.
Sementara itu, rakan sekerja Siti Rohani dikenali sebagai Yati, 30, berkata, mereka berkonvoi selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas di Kerteh, Terengganu, tetapi rakan bersama suaminya bertolak pulang lebih awal.
“Arwah dan suaminya sempat belanja saya makan ikan bakar dan mereka ceria langsung tidak nampak perubahan pelik,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Hakimi terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang di tengah jalan sebelum terhumban ke laluan bertentangan.
“Ahmad Uzair dipangku ibunya tercampak keluar dan terjatuh atas jalan manakala mayat ibu dan ayahnya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.
Takziah. Sedih membacanya lebih lebih lagi baby kesayangan mereka yang tercampak dan cedera. Semoga baby tu selamat. Ada saya baca berita ni kat footnews beberapa hari lepas. Bersabar dan semoga tabah hadapi dugaan. Saya tumpang sedih. Alfatihah buat beliau dan isteri. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.
ReplyDeleteYa.. Kami sangat risaukan Uzair. Semoga dia dapat membesar seperti kanak-kanak lain.
DeleteAl-Fatihah..semoga roh kedua2 mangsa diampunkan dan dicucuri rahmat. :'((
ReplyDeleteAminn..
Deletealfatihah buat parent baby Ahmad Uzair . dan moga baby Ahmad Uzair selamat dan kembali sihat n sempurna
ReplyDeletesedihnya...
ini berkaitan dengan post semalam ke?
Ye cik marie.
Deletesaudara Ms J ke ni?
ReplyDeletesy doakan baby Uzair selamat dan sembuh seperti sediakala..
Bukan saudara sedarah. Tapi saudara seislam. Arwah adalah teman dari zaman persekolahan.
DeleteTerkejut dengan berita nih ...
ReplyDeleteMs J ... tabahkan hati ...
Dulu awak pernah cerita tentang dia pada saya. Ms J, awak pernah kehilangan dia 'dulu' ... tapi kini awak kehilangan dia selama-lamanya. Ada sebab kenapa kejadian yg 'dulu' tu berlaku Ms J.
Terima kasih..
DeleteCtea, kisah arwah adalah kisah silam saya. Kisah ketika saya masih muda dan mentah dan tidak sabar dalam membuat keputusan.
Dia yang saya kisahkan satu ketika dulu adalah insan selepas arwah. ^_^ Tak sangka pula awak masih ingat ya? ;)
Saya ingat la Ms J ...
DeleteArwah ni cerita masa zaman sekolah awak kan ... masa zaman awak minat kat lagu-lagu Zamani Slam. hihihi ...
Wah... Siapakah gerangan cik ctea ni eh? ;)
Deletesedih terkenangkan ank arwah :(. Semoga arwah dan isteri d tempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al fatihah.
ReplyDeleteAminn..
Delete