Bangun pagi hanya minum horlick fibre up.
Diiringi 1 keping setengah roti kismis.
Tengah hari dijemput makan sepotong kek.
Aduh.. Buku masih banyak belum bertanda.
Akhirnya buat keputusan bergerak pulang dan singgah di Tesco, mencari bahan untuk siapkan seperti yang ada dalam gambar.
Alhamdulillah, terisi juga perut akhirnya.
Badan penat setelah melalui minggu yang panjang. Isnin malam hingga Khamis hadir kelas malam pula. Dan esok masih bersambung tugasan di sekolah. Bukan setakat Sabtu, malah Ahad juga.
Ingin mengadu tapi takde siapa yang nak dengar.
Tak mengapalah.
Semoga Allah beri diri ini kekuatan, kesabaran, keikhlasan dan kesihatan sehingga tiba hari yang dinantikan.. Amin.

No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..