Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Ramadhan #27

Tidur. Letak tapak tangan kiri di telinga kiri. Persis berbual ditelefon gayanya.

Mimpi. Berbual mesra dengan bakal suami di telefon. Eh..kebetulan kah?

Bakal suami yang tidak diketahui nama mahupun rupa. Hati terus bergetar debar dalam teruja.

Terjaga. Jantung masih berdebar. Nafas terasa pendek-pendek. Terasa seperti perbualan tadi benar berlaku.

Permudahkanlah ya Allah.. sekiranya benar itu petunjuk dariMu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 22, 2012

Dia nampak sedih..

Malam semalam saya mimpi dia
Dia tampak sedih
Saya cuba tenangkan dia
Cuba juga berbual dengannya
Tapi dia hanya diam
Saya nampak sedih dimatanya
Sedih juga diwajahnya

Sedar-sedar azan subuh berkumandang
Astaghafirullahal'azim...

Subhanallah... saya masih diberi peluang untuk bertemu dengannya walau dalam mimpi
Alhamdulillah kerana saya masih diberi peluang untuk terus bernafas di dunia ini

Semoga Kimie tenang disana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Al-fatihah...

Tuesday, April 24, 2012

Saya mimpi ticer... Apa?


Asyik cerita pasal mimpi je sejak akhir-akhir ni...kan? Entah ape la yang budak ni mimpi masa dia tengah tidur tu.. Dah la elok je kepala landing sebelah gambar muffin chicken mekdi pulak tu.. Hehe..

Kembali kepada tajuk.

Situasi: J sedang kemas barang selepas habis masa. Seorang murid kelas sebelah sedang berdiri sebelah meja untuk duduk di meja yang berada disebelah meja guru untuk klas tambahan tengah hari. Tiba-tiba, entah macam mana tangan kami TERsentuhan. Dan terus muka dia berubah, gelabah.

J: eh... Kenapa? Ada wudhu' ke?

A: *geleng kepala*

J: Habis tu, kenapa muka gelabah semacam?

A: Tak.. Saya dah matang. Tak boleh la bersentuhan dengan perempuan.

J: oh... Baguslah. Ingat.. Jaga solat. Sekarang ni dosa kena tanggung sndiri.. Bla..bla..bla..bla..yada..yada..yada..

A: Ye..baik..ye..ha..ok..

And suddenly, silly me. Gatal mulut bertanya soalan yang tak sepatutnya J tanya.. -_-"

J: haa.... Ye ke dah matang ni? Dah mimpi?

A: Dah. Saya mimpi ticer. *membuat pengakuan sambil tersipu-sipu*

Terus J beristighfar dan SPEECHLESS.... Dan J mumbling  ulang balik nasihat yang J dah cakap mula-mula tadi and slowly leave the class.

Haaaa.... Hambik! Tanya lagi! Terkedu terus dibuatnya. Adoila. Of all people, why me????

Kalau jadi kat korang, apa reaksi korang?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^