Saturday, January 15, 2011

Tarik Rambut Dalam Tepung

Semua orang tahu ungkapan ini adalah peribahasa. Kalau menarik rambut dalam tepung, rambut janganlah sampai putus dan tepung pulak janganlah berselerak. Kalau nak membuat sesuatu perkara tu perlukan membuat dengan berhati-hati supaya tidak sampai menyusahkan diri sendiri ataupun orang lain.

Terus-terang saya masih tak dapat terima bila orang yang tak tahu kisah sebenar, bertanya soalan-soalan seperti bila nak berdua, tunggu apa lagi, bila lagi dan yang seangkatan dengannya. Sungguh... saya LETIH. Memang saya TERTEKAN. Tapi apa daya kita nak tahan mulut orang dari bertanya kan? Walaupun mungkin mereka bertanya sekadar nak tahu, ataupun sekadar  menggiat....

Tapi... boleh tak, kalau memang sah-sah tiada tanda-tanda untuk seseorang yang bujang itu seperti mahu menukar status, tolonglah dengan rasa penuh timbang rasa jangan bertanya soalan yang sama yang pernah disoal entah berapa tahun lepas dulu? Dah takde modal ke nak memulakan bicara?

credit to heiressintraining.com
Memilih pasangan ni pun J rasa macam sama dengan peribahasa ni. Kata-kata 'kita hanya mampu merancang namun yang menentukannya adalah Dia', tentu dah kedengaran klise. Betul... nak cari pasangan ni bukan untuk kita cuba try test sahaja. Bukan sekadar tangkap muat, janji aku berlaki. Bukan untuk setahun dua, kemudian cerai. 

Tapi.. jika boleh sehingga ke akhir hayat... TIADA SIAPA YANG MAHU YANG TIDAK ELOK berlaku dalam kehidupan masing-masing kan? Jadi... J pun tak mahu lah nanti walau sesiapa pun yang J pilih atau orang lain yang pilihkan untuk J nanti, akan menyusahkan mana-mana pihak.

J tidak memilih. Tapi pilihan J sentiasa diKALAH MATIkan tanpa perlu bertanding masuk ke gelanggang. Kadang-kadang rasa macam dianaktirikan dan ditidakpedulikan dengan apa yang J rasa selama ni.

notakaki: maaf... sangat emosi dipagi sabtu ni..

7 comments:

  1. org melayu kita kebanyakkan nya mmg mcm tuu tak sensitif lgsg...sabar ye Ms J

    ReplyDelete
  2. MM: time kasih kerana memahami.

    ReplyDelete
  3. Sabar J, aku phm perasaan ko...cume aku in diff situation,i know you know what i mean... Just be strong...insyaallah the time will come...

    ReplyDelete
  4. Ye su.. kadang-kadang aku tak tahan nak tanggung perasaan ni sorang-sorang. People might see and think that I'm strong enough to be in this situation. Unfortunately I'm not.. at all. Be thankful that you always have hubby by your side to support you all the way.

    ReplyDelete
  5. yes, im very grateful...and aku phm maksud ko..but you still have ur best friends(me and the geng) if you need a shoulder to cry on...insyaallah jaja, aku doakan yg terbaik utk ko...

    ReplyDelete
  6. Salam Ms J ... nak cari pasangan mmg susah jika ada pihak lain yg sibuk masuk campur ...
    apa kata Ms J buat solat istikharah ... mintak petunjuk dr Allah ... saya dulu pun buat solat istikharah juga ...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih... Insyallah.. yang patut dilakukan, telah pun dilakukan. Cumanya bab itu, tak perlula saya cerita di blog kan? Takut jatuh riak pulak. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi di atas cadangan tu. Mungkin petunjuk tu dah nampak, cumanya mungkin mata dan hati J ni masih terhijab. Wallahua'lam... Harapkan awak doakan yang terbaik juga untuk saya ya?

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^