Thursday, January 6, 2011

Kembiri kucing jantan

Semalam hantar Julian boarding kat Pusat Pengurusan & Penjagaan Kucing Ikhlas. Minggu lepas lagi dah buat appoinment dengan Rizan. Sebabnya nak kembirikan Ian. Jadinya.... Ian kena zaasss  pagi tadi.  Lepas meeting habis tadi terus ambil Ian.


J terus masuk ke belakang, ke cage Ian. J nampak keempat-empat kaki Ian basah. Perut dia juga basah. J tanyalah adik si Rizan. katanya dia kencing tadi, basah sebab dibasuh. Bila dia nak bukak cage, Ian menderam. Terus dia mengundur, bagi laluan pada J. Laju je Ian nak keluar bila nampak mami dia.


Masa nak buka pintu cage tu dah berbau dah. Pegang-pegang dia je... ALAMAKKKK!!!!! Ni memang bau kencing tak basuh ni!  Aiseyyy.... sudah rasa tak syiok dah. J masukkan dalam carrier dan pulang. Sampai rumah, J basuh semula bulu-bulu yang basah yang kononnya dia cuci tadi. hmm... barulah kurang sikit bau tadi. hmm.... takkan la boleh bersihkan sebelum J datang ambil tadi? Sedangkan J dah sms Rizan lebih awal. Pelik lah jugak ni sebenarnya...

Muka orang mabuk ubat bius

Sampai rumah, kesian tengok dia terkengkang-kengkang berjalan... tambah pulak terhoyong hayang sebab kesan ubat bius mungkin masih ada lagi. Asyik mengekor kaki tiapkali J bergerak ke dapur, bilik air dan bilik.  Rindu agaknya...

Tak habis-habis bersihkan bulu.

Di saat J tengah taip entri ni, budak bertuah tu dah terbongkang atas tilam. TENGAH-TENGAH tilam hokey??? Alamak... kena merempat la malam ni nampak gayanya.. huk..huk..

Terukkkk.. tak tinggal ruang utk mami pun.. -_-''

Dan dengan 'jakun'nya (first time tengok ni.. jangan la ketumbit!!! hahaha), J snap gambar ni dengan tujuan nak kongsi dengan semua. Kalau kucing betina, perutnya yang akan dibedah. Tapi, kalau kucing jantan, testis (betul ke testis?) dia yang kena buang. Bila dah buang beginilah rupanya....

Alamak! Dah kecut!!!!

 Semoga anak mami ni cepat baik. Sape tau ye..berapa hari kena tunggu baru boleh mandi???
Ian masih bucukkkk laaa.... >_<

 notakaki: rasa macam tak berapa nak syok dah nak pergi situ lagi... hmm... kena usha tempat lain pulak la lepas ni nampaknya.. hmm...

3 comments:

  1. betul tu Ms J..tak boleh mandikan dulu kena tggu lukanya tu betul2 sembuh takut bila kena air nnti masuk kuman lain pulak jadinya...kalau MM suka guna tisu basah yg utk baby tu utk lap2 bdn dia sblm boleh dimandikan ;)

    dulu pon penah kena klinik yg agak tak memuaskan camtu tp skrg dah jumpa klinik yg sgt berpuas hati, bersih je vet tu buat senang hati kita :]

    ReplyDelete
  2. Ms J, ikut prosidur, kena mandikan 2 minggu selepas zass. Tapi DC selalu mandikan yg jantan dlm 10 hari akak dah mandikan. Yg betina kena ambik masa lama sbb mrk kena major operations.

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^