Wednesday, September 23, 2009

Srikandi Bonda Tiada Adab!!!

Hari ni memang J berasap.. Membara..Berapi-api...
J paling benci bila orang buat bonda J sesuka hati diorang jer.
Ye la, mana ade sape yang suka kalau mak sendiri di perkotakkatikkan oleh orang lain.
Sudah lama J pendam rasa amarah ini.
J diamkan sahaja.
Cuma memasang telinga.
J tak mahu campur urusan orang tua-tua.
Tapi hari ni benteng kesabaran J telah roboh.
Dalam sejarah J naik hangin dengan orang itu.
Bukan tidak kenang jasa dia pada J...
Ya, dia banyak jasanya pada J. J amat berterima kasih pada orang itu.
TAPI bila dah melampau melebihi had, J terus berapi melindungi bonda tercinta.
Terus dia kata J TIADA ADAB!
HAH!!!!
(menggigil J menahan marah)
Aku tak kisah kalau kalau KAMU sangka aku biadab.
Aku biadap sebab KAMU yang mengajarnya.
Sesungguhnya KAMU yang TIADA ADAB!!!
Lupa diri. Tak mengenang budi. Tak sedar diuntung.
Dengan titik peluh tulang empat kerat bonda lah, KAMU membesar cukup makan, pakaian dan pendidikan sempurna. Tanpa jemu bonda mengorbankan segala-galanya demi
KAMU, KAMU & KAMU!
Madu yang bonda beri.. tuba yang kamu balas.
Bila KAMU semua sudah berkeluarga, beranak-pinak, senang lenang..
KAMU lupa semuanya.
Sesedap mulut menyuruh bonda muhasabah diri.
KAMU yang patut muhasabah diri!!!
Tapi takpe..... Allah itu Maha Adil
Aku maafkan salah dan silap KAMU, KAMU & KAMU terhadap bondaku.
Semoga Allah tunjukkan kebenaran.
Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada bonda.
Aku tau DIA sayangkan bonda kerana menurunkan ujian ini buatnya.
Aku yakin bonda kuat untuk menghadapinya..
kerana Allah tidak akan memberi ujian diluar kemampuan hambanya...
..dan..
Semoga Allah memberi petunjuk & kesedaran kepada
KAMU, KAMU & KAMU!!!
nota kaki: hati ni pilu melihat kesedihan yang terukir di wajah bonda yang sedang lena ketika J membuat entri ini.

2 comments:

  1. Marah J. Takpe melawan kalau untuk ibu kita.

    Siapa mereka bertiga tu J?

    ReplyDelete
  2. Trima kasih marts.. Tak yah la marts tau. J tak nak menyebut dan memburukkan sesapa. Adalah hamba-hamba Allah yang perlu ke sekolah sivik semula...

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^