Ja balik lambat dari sekolah tadi. Singgah bank. Singgah petsmore. Singgah MaxValue. 3.30 baru sampai rumah. Macam semalam balik je dari sekolah J duduk ngadap Kenit. Walaupun babies yang lain terjaga dan terhidu-hidu bau J yang ade kat situ, J tak dulik pun kat diorang. J tengok keadaan Kenit macam Kecik. Kali ni J takmo pegang. J tengok jer.. Tiba-tiba je Kenit tercungap. Badan dia mengerekot dan Kenit pun berhenti bernafas. Badan dia kembali macam biasa perlahan-lahan... J cuit-cuit Kenit takde respon... dia dah pergi...dan..... hari pun hujan....
nota kaki: mungkin Kenit tunggu J balik baru dia pergi...
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..