Sunday, September 12, 2010

Melodeh di Raya ke 3

Nasik impit berlebih, jadi J dengan Mak Iti buat Kuah Lodeh.. Atau lebih dikenali sebagai Lontong... Percubaan pertama masak menu ni. Jadi.. Macam biasa, tiada resepi. Campak saja sesuka rasa... ^_^

Tempe je takde sebab bnyk peniaga tak berniaga di pasar.

Lontong Sihat kerna kurang santan.. hehe..

Minum petang masih lagi dengan ketupat palas.. kali ni cecah serunding Kelantan. Tiap-tiap tahun mesti ada serunding ni.Sambil ngap.. layan Selamat Pagi Cinta... mm mcm tak faham la itu cerita.. Layan ketupat lagi best! akekek...




notakaki: penemuan yang agak menyentap perasaan... aah... kenapa perlu ada batu penghalang dikala aku ingin menghibur hati yg sudah siaga berduka lara..

Saturday, September 11, 2010

Biru di AidilFitri 1431H

Kami memakai pakaian yang hampir serupa.eh.. mmg sama, warna saje berbeza.
Danish & Maksu sama kaler thn ni
Oloholoh... (mentang2lah nk dpt duet raye ye?)
notakaki: 
1. proposal yg dibentangkan, masih lagi kena reject... agak sedih dan kecewa
2. asal raya je merajuk..asal raya je merajuk.. benci lah macam ni! spoil mood raya je...
3. perlukah diputuskan satu tindakan drastik? seperti... selamat tinggal?
4. ingin bebas dari tekanan emosi yang terlampau tapi terpaksa disembunyikan di balik senyuman nampak gigi persis iklan colgate itu.. hmm...~

Friday, September 10, 2010

Menyeru kepada rakan-rakan yang bergelar IBU

..maaaf jika entri ini bakal mengguriskan perasaan anda. sekadar meluahkan perasaan yang dah lama tersimpan...

Setiap kali bila mengerjakan solat sunat tak kira Aidilfitri ataupun Aidiladha. Masalah yang sama akan dihadapi ketika mencuba khusyuk menyerah diri menyembahNya. Astaghafirullah... itu yang diucap ulang-ulang kali dalam hati setiap kali terdengar jeritan ketawa dan lalakan tangisan anak-anak kecil ketika sedang solat.
amik kat google


Disini J ingin menyeru kepada rakan-rakan yang bergelar IBU... sekiranya anda mempunyai

1. anak-anak kecil yang belum pandai solat

2. anak-anak kecil yang usianya kurang dari 5/6 tahun

3. anak-anak kecil yang mmg anda tahu tak boleh nak duduk diam

4. anak-anak kecil yang tidak sihat

dan... yang sewaktu dengannya...

Adalah lebih molek sekiranya, anda meninggalkan anak-anak kecil itu dirumah sekiranya anda berkeinginan menunaikan solat sunat tersebut. Kalau tiada siapa dirumah, apa kata kalau anda tidak perlu ke masjid mahu pun surau pada tahun tersebut. Maaf sekali lagi...sebab ape? Jeritan ketawa, lalakan tangisan dan anak-anak yang tak tau diam tak pasal-pasal usik jemaah lain yang tengah solat, sangatlah menganggu!!!!

Bayangkanlah kalau dari mula mengangkat takbir sikecil melalak sampai lah sesudah salam diberi.. Kalau sorang tu takpe lagi.. Ni sampai bersahut-sahutan! Masyallah... janganlah dek kerana terlalu ghairah mengejar pahala sunat. Tak pasal-pasal anda juga turut menanggung dosa kerana menjadi penyebab gangguan kepada jemaah lain.....

Wallahu'alam...

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^