Sunday, April 28, 2013

Lapar

Ahad pagi.
Terpaksa keluar awal setelah dikacau Julie yang tak berhenti membebel kejut J. Suruh J bangun jugak-jugak. Lepas bangun, baru perasan....kibbles dah abes. Dalam tong pun licin licau. Alamak... kenapalah lupa nak beli semalam.

Jadinya, lepas sarapan, merayau la awal-awal pagi mencari petshop yang ada buka awal. Singgah la kat petshop dekat dengan tempat kerja. Tak ingat pulak dia buka atau tak. Pergila depan kedai nak tengok operation hours. Alah..restday lah pulak. Kecewa sekejap.

Depan kedai ada satu bench. Nampak satu kaki putih yang comot bawah tu. Tegur lah dia. Terdengar suara garau menjawab. Tinggung. Jenguk. Dia pandang J dengan muka sedih. Well.. nampakla melalui mata dia. Nampak letih dan sedih.

Depan dia ada sepeket keropok segera. Taktaula orang bagi atau dia rembat kat kedai runcit sebelah. Plastik keropok tu kan tebal? Nampak jugak ada koyakan kecil, mesti dia dah penat cuba koyakkan plastik keropok tu. Terus J ambil peket keropok tu. Basah. Sah dia lapar dan dah penat cuba koyak plastik tu. Dia tak lari. Diam je pandang je buka peket keropok tu.

Lepas buka, taburkan kat depan dia. Terus makan tanpa banyak bunyi. Banyak dah hancur masa dia cuba nak bukak tadi kot. Ambil yang besar dan pecah-pecahkan supaya mudah dia nak makan. Dia terus makan..tak peduli dah kat J.

Alhamdulillah.. Allah gerakkan hati J ke kedai tu hari ni supaya J dapat bantu si putih yang comot ni.

Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. alhamdulillah...semoga dipermudahkan rezeki utk si comot ni di lain kali

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^