Alhamdulillah...
Akhirnya selamat berhijrah. (sebab tu senyap je banyak hari ni..)
Rasa nak patah pinggang pun ada.
Seperti yang diimpikan sekiranya berhijrah ke kediaman sendiri, inilah yang mahu dilakukan.
Thanks to Amie, Nan & Hadi kerana membantu menjadikan impian J menjadi kenyataan.
Ini baru satu yang sudah terlaksana. Banyak lagi yang belum selesai, Banyak lagi yang belum dilakukan.
Pindah memang memenatkan. Itupun nasib baik tak banyak perabot. Bersyukur jugaklah dengan adanya Cik ViSaye, mudahla juga nak mengangkut barang-barang. Adalah dalam 6 round. Mujur J tak ada beli perabot lagi. Jadi lepas ni boleh mula mengumpul sikit-sikit. ^_^
Amie, nanti kita open table kat KFC dgn Nan & Hadi yek?
nota kaki:
1. Minggu yang bakal menjadi super duper sibuk. Aduhai.....
2. Semoga Allah berikan aku ketenangan minda supaya dapat berfikir dengan waras dan tenaga yang berterusan agar dapat meneruskan aktiviti mengemas rumah..
3. Saat menulis entri ini anak-anak bulus sibuk bergayut kat pintu minta perhatian. Sorry sayang... esok kita main sama ye?
4. How I wish u were here to help me Amie..
agh...faham sangat
ReplyDeletepernah berpindah 4-5 kali sebelum menetap sekarang
tiba2 gatal pula nak mengecat rumah tahun ni....mudah betul tergoda
penat kan kak Jie?
ReplyDeleteHmm..cat lah warna ungu tau! Yang ni feature wall je, dinding lain warna ungu lembut. Sangat cantik bila padankan dengan langsir pink yang ada bunga sikit2 warna baby blue. memang cantik!