Tuesday, June 15, 2010

Balik Kampung...

Beberapa hari yang lepas J balik kampung. Kampung kat mana? alaa... dekat jee.. kalau kayuh basikal pun boleh sampai. Takde halnyer... Tapi balik hari tu J tak kayuh basikal,  kalau kayuh juga.. entah bila la nak sampai.. haha.... Tapi bawak keretalah sebab ada ma, achik dan atuk. Bukan KL je ada Kg. Bharu. Kat Perak pun ada juga.... Dah lama tak jejak ke sini. Selalunya balik ke kampung pun sebab ada kenduri.. jenguk arwah Tok Wan di pusara.. jumpa saudara mara di Hari Raya. Dulu-dulu, Atuk  & arwah Tok Wan yang tinggal disini. Ma pun sekolah kat sini. Dekat je dengan tepi laut.


Tepi laut ni lah sumber rezeki ma & adik beradik masa diorang kecik-kecik dulu. (cerita yang yang diulang tayang 80juta kali..heheh..). Kutip teritip.. menjala ikan.. tangkap belangkas.. cari siput.. macam-macamlah  yang boleh dibuat makan. Kita pun sedia maklumlah.. orang dulu, bukan macam kita sekarang... Macam-macam boleh order delivery. Nak Pizza seafood, halo-halo je.. kejap je dah sampai depan pintu rumah.


Dulu takde jeti batu ni. Jeti kayu je yang macam nak roboh... goyang je bila ditiup angin. Sekarang dah siap ada lampu cantik lagi. Dah lama siap jeti batu ni sebenarnya... Masa J pergi haritu, air tengah pasang. Jadi ramailah yang lepak kat hujung jeti tu untuk memancing.. ~Amie nak memancing leh la try datang sini yek?~ Dari Tepi laut Kg. Bahru ni, boleh nampak Jambatan Raja Permaisuri Bainun.

Sila klik untuk gambar yang lebih jelas..

Sejak dah siap Jambatan Raja Permaisuri Bainun (Bagus betul Tuanku Azlan, nama sekolah pun bubuh nama Tuanku Permaisuri, Nama jambatan pun bubuh nama Tuanku Permaisuri), perjalanan ke Utara, macam nak ke Taiping, Kuala Kangsar, Pulau Pinang dan lain-lain, dah dapat dicepatkan dan dijimatkan...

Jambatan Bainun yang sepanjang lebih kurang 1.5 km ni merentasi Sungai Dinding yang dikata jambatan sungai yang terpanjang. Fuh... terpanjang tu. Jambatan ni pun ada keistimewaan. Siap ada simbolik lagi tau. Kat mana? Kat bawah jambatan tu, ada 13 pintu gerbang (tempat laluan bot) yang membawa maksud 13 negeri yang ada dalam Malaysia. Ermm... bukan kita ada 14 negeri ke? Mungkin Tuanku Sultan merujuk kepada negeri-negeri asal yang ada di Malaysia agaknya...

Klik sini untuk gambaran yang yg lebih-lebih-lebih jelas... :)

nota kaki: Balik kampung sebenarnya nak beli ikan fresh yang dibawa pulang oleh nelayan tempatan... :)

2 comments:

  1. cntik nye bwh jmbatan 2 siap de lampu2 lg..

    ReplyDelete
  2. ravishingpeacock: Yup.. memang cantik. Tapi lampu cantik tu hanya dibuka kalau ada acara tertentu sahaja. Jimat elektrik kot? hehe.. Btw, thanks for dropping by!

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^