Tuesday, May 18, 2010

Terbanglah Sayang

Masa untuk membaca selalunya suntuk sejak akhir-akhir ini.... harap-harapnya J akan punya lebih masa untuk terus membaca selepas ini (termasuklah buku-buku yang berunsur ilmiah untuk dibentang dalam LDP nanti.. (-_-) uurrrgghh....)


Kali ini Aina Emir mengetengahkan konflik diri dalam watak ciptaannya. Kekeliruan dalam mencari identiti, kekeliruan dalam mencari asal usul diri sendiri, kekeliruan memahami hati sendiri dan orang yang disayangi, kekeliruan yang memakan diri sendiri dan orang disekeliling watak tersebut. Kekeliruan juga berlaku dalam memahami kehendak diri sendiri. Susunan cerita agak menarik, kerana apa yang berlaku didedahkan di suku akhir cerita di mana J pun tak sangka begitu yang terjadi sebenarnya.

Nota kaki:
1.Kadang-kadang kita rasa kita sempurna. Kita juga mahu orang lain ikut sempurna seperti kita. Sedangkan kita sebenarnya menafikan kehilafan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Kadang kala kita tidak sedar yang kita selalu mengandaikan apa yang berlaku tanpa bertanya atau menyoal dengan lebih lanjut. Andaian yang kadang kala boleh memburukkan keadaan, yang boleh memesongkan yang benar kepada tidak, yang lurus kepada bengkok. Kadang kala juga kita rasa kita faham, tapi sebenarnya kita tidak faham.  Disebabkan itu, kadang kala kita terpaksa berlakon untuk menipu diri sendiri semata-mata untuk memuaskan hati atau mengambil hati orang lain.
2. Berkomunikasilah kita sesama sendiri kerana J percaya komunikasi itu kunci kepada penyelesaian apa jua masalah.
3. Maafkan saya... saya selalu buat awak susah hati. Terbanglah sayang... kemana jua kamu mahu pergi tapi jangan lupa tuk kembali ke sarangmu...

No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^