Monday, May 31, 2010

Hujung minggu yang panjangggggg

Rasa macam tak sempat bernafas. Mata dah agak juling. Otak penuh dengan huruf-huruf dan ayat-ayat Bi yang tunggang langgang. huh... Dengan menjemput Achik dari KLIA, tanda kertas peperiksaan, pergi 2 kenduri ketika hujan turun pada malam yang sama, tanda kertas lagi, pergi kenduri nun di Taman Andalas, Klang, singgah pula di Shah Alam, tanda kertas lagi. Dibantu oleh cikgi muda, cikgi tua dan cikgi pencen. Thanks dearies... Akhirnya... pengsan. Terbongkang tak sedarkan diri. Esoknya jam 6 pagi terus mulakan hari Isnin seperti biasa....

Setelah berhempas pulas mengharungi hujung minggu yang panjang, J akan menghilangkan diri dari sekolah untuk 3 hari. Hepp... bukan saja-saja... ada kurus...ish.. kursus. Untuk memantapkan lagi skill mengajar. Al maklumlah baru setahun jagung menjadi pendidik. Banyak lagi ruang kosong yang belum diisi dalam diri tentang dunia pendidikan. Esok juga bakal bertemu dengan roomate semasa di uni.

Petang tadi juga, berterbangan J memecut laju ke Mid Valley untuk bertemu Samseng Koridor Bainun. hehehe... Memasing dah bawak kamera. jadi tak koser J keluarkan talipon yang tak berapa nak canggih tu, snappy gambar. Jadi.. kome-kome.. sila email pada aku gambar tadi ye? Harap Maklum. huhuhu...

Ada yang teringin nak makan Nando's. J pun tak pernah makan... join ajelah. I ordered Angry MangoWith Cheese Slice and Sparkling Apple. Hoh.... Confirm rosak diet gue!


Tapi otai Samseng Koridor takde. Termasuk wad, konon dah nak terkeluar isi perut. False alarm agaknya. Takpe lah... Lainkali kite jumpa lagik.

nota kaki: Paling tak tahan, bila ada yang bertanya... J, kotengok sape lagi gemok? Aku ke dia? Terkekeh-kekeh J dibuatnya... Babe, kita ni semakin lanjut usia, haruslah tumbesaran badan semakin membesar.. hik.. Takpelah... beso ke, kecik ke... janji kite sihat, ye dak?

3 comments:

  1. wahed dah aupload gambo kt fb...

    ReplyDelete
  2. wah.. sudah dilihat. Gamba sgt cun! Walaupun nan hadonyer.. hikhik..

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^