Nurse DBKL datang sekolah buat pemeriksaan gigi. Lepas tu, mestilah ada sesi mengajar cara memberus gigi dengan betul.
Ma, Pa & Atikah dah selamat sampai di Madinah...Semoga mereka bertiga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan perjalanan ibadat umrah mereka... 2 minggu takde.. sunyilah jugak. Nasib baik kecanggihan teknologi dapat digunakan, tak boleh call, tapi masih masih boleh sms...
Thn 6 pula ada diagnostik minggu ni... pastinya hujung minggu yang akan datang menjadi hari-hari yang pening kerana menghadap kertas peperiksaan.... (serius.. kekadang loya pun ada dibuatnya...)
Chaca dalam cubaan melepaskan diri... :)
Broadband telah bertukar menjadi BERUKBEN10 sejak 2 minggu yang lalu.. Di rumah, lepak kat yard dapur pun belum tentu dapat connection yang maksimum. Asik putus jer... (darling... jangan lupe ye.. subscribekan boradband student seperti yg dijanjikan yek?) BENCIK TAU! Hanya dapat online di sekolah sahaja. Dah la line streamyx skolah pun kedaung... line brukben10 kat sekolah pun ala-ala jugak.
Jiran pulak semakin menjadi-jadi... membela anjing semenjak seminggu dua ni... najis bersepah pulak tu. Sampah macam-macam depan rumah dia... Bau toksah cakap lah.. Patut ke hantar gambar yang J tangkap ke management office?
nota kaki: tak sabar nak pindah rumah sendiri....
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..