Tuesday, November 10, 2009

Baik & Buruk

J mula dengan yang agak buruk...
  • Dalam tekak ada ulser... yang nampak baru 3 bijik. Betul-betul sebelah anak tekak. Belum lagi yang tak nampak.. Dah 5 hari sakit. Bila telan apa saja semuanya sakit. Nak makan yang sedap-sedap, semua jadi tak sedap. Makan ubat dah. Kumur dengan garam dah. Masih sakit lagi... belum ada tanda-tanda dia membaikpulih.. owwhh...
  • Dengar cerita tahun depan J kena naik mengajar tahap DUA. Most probably year 6. Mak aih... Ilmu tak cukup lagi ni. J tak sangka la pulak nama J boleh naik ke tahap 2 tahun depan. Berapa kelas kena ajar, belum tahu. Tak lama lagi tahu lah tu... Kalau betul J kena ajar tahun 6, maknanya tahun depan merupakan tahun yg sangat MENCABAR untuk J.
  • Boss kata markah SKT akan dinilai berdasarkan penpcapaian & kelulusan murid, selain daripada tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Aduhai... kalau kami yang mengajar kelas bawah-bawah,  yang mana keputusannya merah je yang banyak macam mana???? huh...
Yang baiknye...
  • Tahun depan J tak jadi guru kelas lagi. Alhamdulillah... Tapi... mungkin J akan diberi jawatan yang lain agak berat... (uuggh.... bolehkah ini di kira berita baik?)
  • Hammy J yang dibeli oleh kawan J, khabarnye telah beranak.... alhamdulillah... baka baik dari mummy Mija tuh..
  • Kebanyakkan kerja dah hampir siap. Yeay...

1 comment:

  1. aku pun br baik demam.. dlm 2 mggu, 3x kali datang demam... boleh??

    ReplyDelete

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^