Dah ada?
Alhamdulillah... J sudah milikinya.
Alhamdulillah... J sudah milikinya.
Mula-mula J tertarik dengan alunan zikir-zikir beliau bila terdengarkan di saluran astro oasis. Sekali hanya dengar, tak pandang ke tv. Kalau tak silap masa tu tengah buat sesuatu. Kali kedua, baru nampak siapa pengalunnya. Lepas tu, selalu terdengar pulak kat radio ikim. Barulah tergerak hati ni nak cari CD dia.
Alhamdulillah...sangat tenang pemanduan bila kemana-mana ditemani alunan zikir beliau. Terutama setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Mahupun dalam perjalanan yang jauh.
Kita ni bukan hamba yang sempurna. Jiwa kita mudah rapuh dengan bisikan dan godaan. Memetik kata Hafiz Hamidun jiwa yang orang yang tidak berzikir boleh menjadi keras. Jadi dengan membasahkan bibir dengan zikrullah..walau dalam hati sekalipun.. insyaAllah sedikit sebanyak ia dapat menenangkan dan melegakan jiwa dah roh yang gersang.. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dah rahmat dariNya.
Oh.. murah je. RM 19.90. J beli kat kedai speedy je. ^_^
J: rindu menggebu-gebu untuk menjejakkan kaki semula ke masjidil haram..
Published with Blogger-droid v2.0.10



No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..