Thursday, January 7, 2010

When the Ticer turns into a SINGA!

Dalam seminggu ni susah bebeno mata ni nak lena. Kalau tak cukup tido esoknye mesti ting tong.  Bila dah ting tong, pantang silap sikit, mula la hangin satu badan. Bila dah hangin sape yang buat salah.. konpem kaw-kaw 'kena' punya. hmmm... elok lah dengan target J sepanjang minggu ni nak terapkan persepsi budak-budak tu yang J, no longer can play around lepak santai with them. Especially budak-budak year 6. I was toooooo baik and friendly with them last year. Therefore, I need to make myself clear that this year everybody needs to be serious. Bukan apa.. selain J nak ingatkan budak-budak tu tentang peperiksaan yang mereka akan hadapi, J pun nak ingatkan diri sendiri supaya tak leka dan seboleh-bolehnya beri perhatian lebih supaya apa yang nak di ajar boleh habis on time.



cubaan untuk melumurkan diri dengan benda alah ni pun tak berhasil untuk melenakan J (-_-)...

Bila dah tak mau lena tu terfikir la balik apa yang dah berlaku di siang hari. Nak tergelak pun ada bila satu kelas sunyi.... sepi.... bila J mengamuk, sebab hanya 2 orang je dari 29 orang yang siapkan kerja yang diberi masa cuti. Mungkin mereka tak sangka, ticer yang baik hati, friendly & suka senyum ni (sorry....ai nak perasan kejap), tiba-tiba leh jadi SINGA. Tambah pulak homework yang J bagi suruh salin nota sahaja pun lebih separuh kelas tak siap. Bertambah-tambah menyinga dibuatnya. Yang dah siap, dah hantar, terkulat-kulat duduk diam-diam. Kalau korang kata, eii... minggu pertama dah hangin-hangin.. takkan lah tak bley bagi peluang kedua? Ohoo.... Hari pertama masuk kelas hari Isnin hari tu lagi, I made myself clear. I've set my rules and by hook or by crook they have to obey my rules. So... saja cari nahas la bila apa yang dipesan masuk kanan, keluar kiri..kan?

Well... Lepas amukan singa semalam menampakkan perubahan bila semuanya elok dan tertib tatkala J melangkah masuk ke kelas mereka tadi. Alhamdulillah... Kerja siap. Semua hantar. Ade la sorang dua tak hantar sebab tak beli buku lagi. (they have their own reasons.. parents takde duit dan sebagainya..). Harap-harap berterusanlah hendaknya...

nota kaki: semoga malam ni boleh lena awal..




No comments:

Post a Comment

Nak cakap apa tadi? Sila..sila..

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^