J telah diAMANAHkan untuk memandu kereta Pak Ya (Pakcik J yang bekerja di Kuwait) sehingga mereka sekeluarga pulang bercuti sebelum si Atikah mula menduduki peperiksaan SPM. Berat rasanya, seberat kenderaan tersebut. J agak sedih kerana terpaksa meninggalkan cik ViSaye. Bila memegang amanah orang, kita kena berhati-hati. Dah la kereta tu panjang...kalau nak parking mesti senget punya.. haha.. (J tak amek lesen terbang tau) Tak gheti-gheti nak budget camne nak parking dengan elok. Tapi, janji parking masuk kotak, tak kacau kotak orang lain.
J bersyukur kerana mereka mempercayai J untuk menjaga dan memandu kenderaan panjang ini. Aduhai.. letih juga kerana perlu sentiasa berhati-hati supaya apa yang berlaku pada Cik ViSaye, tak berlaku pada cik WISH. Yer.. J memandu salah satu kereta keluaran Toyota ini..
Kecoh jugalah bila kawan-kawan ingat J dah tukar kereta. Bos pun ingat J dah tukar kereta baru. Sampai keluar statement, "Hebat cikgu sekarang, baru kerja dah boleh tukar kereta baru." Letih menjawab, letih menangkis, dan menepis. wah..wah..wah.. J belum mampu untuk mempunyai kereta macam tu. Lainlah kalau J ada sugar daddy. (Boleh tak kalau saya ada sugar daddy, Amie?)
Segan pun ada kerana kenderaan itu bukan hakmilik J. Tapi, macam seolah-olah J bergaya dengan hakmilik orang. Bukan niatku untuk menunjuk-nunjuk, kawan-kawan. Jauh sekali ingin belagak kaya. Maaf, J bukan orang yang begitu. Lain lah, orang yang tak berapa kaya, tapi cerita cerutunya persis orang kaya. (DIA sangat annoying..asyik cerita pasal yang branded & mahal2 je..muak lah.. uweekk..)hehe..( siapa? Adalahhh.... sshhh...)
J agak gembira kerana Achik akan pulang cepat dari jangkaan asal. Jadi tempoh penjagaan cik WISH akan tamat hujung minggu ini. Ini bermakna J harus pulang ke Perak lagi hujung minggu ini. Mujur minggu depan dah mula ujian PKSR 2, jadi kuranglah persediaan yang perlu dilakukan sebelum masuk ke kelas seperti biasa.
J juga tak gembira kerana kedua-dua mama & Achik tidak berapa sihat... Semoga Allah sentiasa bersama dan melindungi kedua-dua ibu ku ini..
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..