Wednesday, September 8, 2010

Persediaan Raya

Salam 29 Ramadhan....
Sedih nak meninggalkan Ramadhan.
Tiapkali Syawal nak tiba, semuanya bakal sibuk.Keluarga J memang dari dulu-dulu suka ketupat palas. Tak pernah sekali pun buat ketupat nasi. Biasanya kalau ada pun nasi impit. Tahun ni share dengan Achik &  abang. Jadi berlumba-lumba lah kami main miang menyediakan kelongsong ketupat palas ni malam semalam.

Kelongsong Ketupat Palas.
Pagi tadi.. berlumba-lumba pulak sumbat pulut dalam daun. Sepupu-sepapat, kakak ipar dgn anak buah pun ikut sibuk sama... Meriah je rasa! macam esok dah nak raya.. ^_^. Saja Mak Iti buat awal, pastu simpan je dalam ice box aka peti ais. Makanya esok hanya aktiviti mengemas & masak rendang saje yang akan dilakukan...




Hari ni ada makan besar. Mak Iti masak laksa yang sangat delisyes. Tepat jam 10.00 mlm tadi, periuk yang penuh ini... licin licau...
Penuh!
Penuh jugak!
Haziq: Maksu, ada bunga api ye?
J: haa? takde.. 
Haziq: ni?
Mak Haziq: Maksu nak bagi anak murid dia la..
J: hehe... ye la tu... Meh bagi maksu simpan dulu.

nota kaki: Esok nak main bunga api! yeay!

Ramadhan Thirst Quencher

Setiap kali bulan Ramdhan, tak pernah miss beli air ni.

Teh Bunga my fav!


Mesti akan beli punya. Kalau J tak beli, Pak Mat akan beli tanpa dipesan kalau dia ke praram...  sejak balik cuti ni, hari-hari minum.... petang  ni nak beli lagi!

Monday, September 6, 2010

Gosok.. jangan tak gosok!

Perjalanan pulang ke kampung halaman, telah melewati beberapa jam kegelapan malam. Kalau dah memandu di waktu malam, haruslah banyak serangga & kupu-kupu malam yang menjadi arwah dan terkubur di hadapan Cik ViSaye. Jadi berlakulah sesi memandikan Cik ViSaye. Sedang J tertinggung-tonggeng memberus tayar, Pak Mat suruh ambil berus pencuci kereta yang tergantung di paip air. Baiklah. Wah... lebih mudah rupanya. Terutama sekali bila hendak mencuci bumbung Cik ViSaye. Maka, pencucian dan  penyentalan berlaku dengan gembiranya....  sehinggalah...


Oh NoooOooOooooOoooOoooo!!!



Akibat terlalu ghairah menyental!

J: Paaaaa...........!!!!!!!!!!
Pak Mat: Letak sini.. boleh tampal dengan gam je tu..
J: ~pheeww.. lega!~

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^