hoh.. panjangkan tajuk entri J hari ni?
"Saya minta tolong jangan beri beban kerja lebih kepada isteri saya"
J terkejut bila mendengar statement ini siang semalam. wah..wah..wah...
Siapakah yang telah mengeluarkan kenyataan begini? Owh.. sudah tentulah dari mulut sang suami. Kepada siapa tidak perlu J nyatakan di sini.
Yang buat J pelik, kenyataan ini keluar dari mulut sang suami yang juga bekerja sebagai seorang GURU. Tidakkah sepatutnya anda arif dengan tugas sebagai seorang guru? Si isteri juga seringkali menghadap orang atasan sekiranya tidak mahu melakukan itu dan ini serta menyatakan itu bukan bidang tugas saya. Kalau ada kelas tambahan sewaktu cuti, si isteri kerap kali memohon bantuan rakan untuk menggantikan tempatnya dan sanggup menghulurkan wang sebagai imbuhan walaupun agak 'ciput'. Dek kerana minat mengajar, si rakan teruskan niat murni untuk berkongsi ilmu dengan anak-anak murid. Malah, si isteri seringkali datang dan pulang secukupnya waktu persekolahan dan juga seringkali berjaya untuk tidak menghadirkan aktiviti-aktiviti petang atau hari Sabtu dengan jayanya. Namun begitu, apabila tiba hujung tahun, borang SKT diedarkan, seringkali juga si isteri ini mendapat markah yang tersangat bagus daripada rakan lain yang telah membimbing murid ke pertandingan mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri. Dan tiada sumbangan yang nyata dari si isteri yang melayakkan dia mendapat markah yang sebegitu rupa. ADILKAH itu?????? Dan kini dipohon pula sang suami agar tidak membebani si isteri dengan kerja yang lebih kerana bimbang si isteri menjadi stress... Patutkah?
nota kaki: tak sangka rupa juga boleh memainkan peranan dalam pemarkahan SKT.. sedih! J nak pergi buat plastik surgeri la camni...
Buku adab dah setel... kad 001, belum. Mata mengantuk. Terlelap kejap di atas timbunan kerja. Kalaulah J ada suami, haruslah dia akan komplen juga'JANGAN BERI BEBAN KERJA LEBIH KEPADA ISTERI SAYA SEBAB DIA SELALU TERTIDUR DENGAN KERJA-KERJA SEKOLAH'hehehe...



