Cik ViSaye telah dicederakan. Bengkek betol dengan Viva Putih WTS 1502. Pemandu tu boleh bukak pintu biar pintu dia berlaga dengan pintu sebelah kiri kereta J. Kalau pelan tu J tak de heran sangat. Mungkin tak berbekas. Tapi dia boleh buat selamba, masuk dalam kereta, panaskan enjin. Pehal mamat ni? J keluar cek. memang calar sikit. Takde la nak turun cermin tingkap nak say sorry ke.. hape ke.. Takde adab sungguh. Kalo ko tak sayang kereta ko pun, sukatik ko la.. Aku sayang keta aku woi!!! sedey..
Malam tu, J on the way nak balik rumah. Nak ikut MRR2, jem. Jadi J ikut jalan belakang. Bnayaklah jugak kereta tapi, bergerak lah jugak. Sesambil tu J buka Cd Faizal Tahir kuat-kuat. Tiba-tiba J terasa macam ada benda bergesel dgn Cik ViSaye. mm.. ye ke, tak? ye ke, tak? Takpelah, tak kot.. J pun terus je.. sampai je rumah, J tengok la.. isk..isk.. dah la baru tukar bumper asal. (selama ni J pakai bumper lain sebab bumper asal kemek kena langgar basikal masa parking kat luar rumah makpak J) 2 kali dalam satu hari! mm... kenapa yek?
Ni cerita tak kena mengena dengan Cik ViSaye. Budak ni namanya Afiq Haiqal. Dia duduk meja depan. Sorang je Takde buku aktiviti hari ni. Dia ni budak nakal dan banyak akal. Pandai juga berlakon. J sibuk melayan kerenah yang lain. Sebab hari ni J bagi latihan buat ayat menggunakan makanan yang mereka dah belajar. Mula-mula J tenung. Dia masih tak sedar. Then, sorang budak perempuan join. J renung lagi. Ape motif dia potong plastecine tu kecik-kecik.. takkan main masak-masak kot? Dia pandang J sekilas, dan teruskan bermain.
Dia ingat J tak marah. Sebab selalunya J akan hamuk kalau sape-sape takde buku. Sekali J, dpt idea. J keluarkan henpon, tangkap gambar. "wei..ticer amik gambar ko la.." "mm.. senang saya nak tunjuk bukti pada guru besar, guru kelas dan mak ayah awak tentang perangai awak. Terus dia simpan, buat muka sardin. huhuhu..
p/s: Walau macammana kita berhati-hati dan cermat dengan pemanduan dan penjagaan kereta kita, kalau orang lain yang tak cermat dan berhati-hati akan kena kereta kita jugak.. benciiiii....
No comments:
Post a Comment
Nak cakap apa tadi? Sila..sila..