Monday, March 10, 2014
Kutu Babi Detected!!!!!!
Wednesday, August 15, 2012
Wednesday, July 25, 2012
Monday, April 16, 2012
Cik Cak Mangsa Hujung Minggu
Tak tau la kerjaan siapa. Tapi malam tu Mulut Julian sangat bising membebel tah hapa-hapa sampai Mak Iti tak leh lena.
Pagi esoknya, J jumpa cik Cak ni bawah tilam toto betul-betul bawah kepala Mak Iti. Huahuahua... Tu la pasalnya. Opahnya tak paham... Semalaman tak leh lena dengar Ian membebel. Maminya ada tido sebelah, tapi pengsan tak sedo diri sebab demam selsema.
Ni la bagusnya Ian, dia akan cuba bagitau kalau ada apa-apa yang J perlu tau. 2 kali dah J ikut dia bila dia membebel panjang. Rupanya dia nak bagitau dia dah muntah hairball. Haaa.... Bijak tak?
Saturday, January 28, 2012
Thursday, January 26, 2012
Tuesday, December 13, 2011
5 minit je..
J baru pulang dari pasar. Tarik je handbrake, dia pun sama melabuhkan badan depan pintu pagar rumah. Hari pulak tengah panas. Depan tu teduh la sikit.. Kesianla pulak tengok dia. Rumah jiran kiri kanan takde awning atau tempat teduh untuk dia tumpang walaupun kiri dan kanan semuanya kaum cina belaka.
J pandang dia. Dia pandang J. Pintu masuk kat tempat dia duduk tu la. Sebelah lagi kunci. Loceng pun sebelah kiri dia duduk tu. Hmm... Dekat 5 minit jugakla tunggu dalam kereta sebab nak bagi dia rehat kejap.
J keluar kereta. Dia masih tak bangun. Lagi 4 tapak nak dekat baru dia bangun, menjauh. Tapi tak jauh. Dia masih pandang J. Ala.. Muka dia memang mintak simpati. Haihh... J cakap elok-elok, pergila duduk kat rumah pencawang kat padang depan rumah. Makanya, terkedek-kedekla dia ke padang cari tempat teduh lain..
Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, September 6, 2011
PETKNODE cat abuse Press Conference
Tuesday, March 8, 2011
Panda Comel Tak?
| Berita Harian 7.3.2011 |
Sunday, February 27, 2011
Cik Nyet & Cik Cing
![]() |
| cute kan? cik nyet ngan cik cing nih |
Wednesday, December 29, 2010
Minum susu boleh jadi COMEL!
Anyhow, I'm happy with what I am now. Namun, sifat kecintaan terhadap haiwan tu masih tebal walaupun tak berjaya capai cita-cita yang sungguh murni itu. Eh.. kesitu pulak perginya...
Kisahnya masa minum susu di satu petang, terasa macam ada mata yang memandang. Pandang keliling takde sape. Teguk lagi susu seteguk. Rasa macam ada yang tak kena je.. Sekali terpandang benda ni atas meja....
| comel kan? |
notakaki:
1. minumlah susu setiap hari kerana ia baik untuk kesihatan.
2. saya perlukan kalsium yang serasanya semakin hilang dilarikan caffeine. eh... boleh ke?
3. kalsium dalam hati pun turut mencair.
4. awak, sila jangan risau. saya takkan terjun dari tingkat 8 ni.
Monday, December 20, 2010
Eh... kamu siapa?
| Kecik budak ni.. |
| Comel... warna putih kelabu. |
| melilau tak tentu hala rupanya.. |
| dok gesel kat kaki nak mintak makan |
| dah kenyang, dia panjat gulungan karpet, melepak kat situ |
| Ooo... kemain ye? cantek tempat tido awak? |
| Ala... saya tompang tido je.. boleh kan? kan? |
Saturday, December 4, 2010
Pertemuan dengan Tok Janggut yang Hensem.
O yea.. Mak Iti tak jadi laser mata dia.. atas sebab-sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Alaa.. dia batuk. Jadi doktor kata, tak berani nak tanggung risiko kalau pembedahan tu diteruskan sebab batuk melibatkan urat mata. Kalau buat juga, karang jadi penyakit lain pulak. Asal kata tak jadi je... Lajuuuuuuu aje J kata.. "JOM kita gi MAHA?" hehehe... Mak Iti pun cerah biji mata... Jom, katanya.. ^_^ J pun berjaya meracun pak Mat supaya ikut sekali.
Kami pergi pagi. Tak juga paginya.. dah pukul 11 baru sampai sana. Kereta yang bersusun nak masuk toksah cakaplah... Masa tu tinggal parking depan je.. Nasib ada tram yang berpusing-pusing sekeliling MAEP tu. Cuaca pun alhamdulillah...panas. Tak hujan. Dan tak sangka pulak MAEP tu sebesar-besarnya kawasan... adoi... melawat 4 hall pameran dan agrobazaar pun dah makan masa 3 jam lebih... semua nak tengok.. semua nak rasa... Orang memang ramai sesangat.. jadi tak mustahil kalau kehadiran J kat sana menambah jumlah pengunjung yang akan mencecah 2 juta orang. Mampu kah??? hehe...
Tak sempat nak tangkap gamba sangat. Tangan penuh dengan barang dengan payung. Kami tak singgah ke semua tempat. Hanya ke Laman Ternakan sahaja. Jadi bertemula dengan Tok Janggut yang hensem-hensem belaka ni...
| Eh... cik ni takde janggut.. Adik beradik Shaun the Sheep nih! hep... jangan main-main RM1k lebih sekor tau.. |
| Baka Jantan Terbaik ni.. Lupa jenis apa.. lupa nak catat.. Tapi tak ensem sungguh. Berkedut-kedut muka dia.. hahaha.. |
| Kedua terbaik.. maintain macho beb! |
| yang ni macam muka atuk-atuk kan? |
Lembu pun ada.. Sangat GEMOK hokey!!! Pak Mat kata.. kalau sembelih nak lapah, mau ambil masa berjam-jam nak selesaikan seekor... kesitu pulak dia..
Lembu-lembu ni bertuan. Mereka masuk pertandingan Baka Jantan Terbaik. hoiihh.... kemain lagi... Memang la cuasa panas... tuuuuuuu dia... Siap berkipas kau!!! Kita ni menitik-nitik peluh nak jumpa dia. heh..
Dah puas pusing.. Singggah makan Kambing golek yang sangat marvelllous! Abg jual tu siap tegur lagi katanya susah nak jumpa perempuan yang suka makan kambing. Ye ke???? Eleh... ayat beli jiwa la tu konon... Sampaikan Mak Iti mintak kentang bakar lebih pun dia bagi aje.. hehe.. Sekali tengok jam.. eh.. dah 5.30 petang. Masing-masing pun kaki dah naik kebas. Makanya masing-masing pun sedarlah diri untuk pulang dan berehat.. hehe..
notakaki: Two.. thumbs up kepada penjaga parking.. driver tram.. penunggu stesen tram.. Sangat mesra alam dan sentiasa sedia memberi informasi jika diperlukan.
Wednesday, December 1, 2010
Penghuni bawah tangga
Petang tu, J balik lambat. dalam pukul 3, J pergi jenguk kejap budak-budak kecik tu sebelum balik. Ternampak si oyen ni terintai-intai.. Ohoo.... ini ibu si putih tu rupanya..
Thursday, September 30, 2010
Nak cuba Roti inti Tikus?
Suka? Tak suka?
Sedapkan kalau dapat makan roti inti sardin ke... roti bakar sapu kaya dengan planta ke.. roti sapu jem stroberi ke... teringin pulak.. haaaih...
emm.. dah lama tak makan roti lepas bulan Ramadhan ni... kejap lagi nak keluar cari roti lah. Boleh makan dengan jem dan butter untuk sarapan esok pagi. Nyams... (agak terliur bagi diri ini, buat masa ini.. hehe..). Tapi....
Andai kata lah... dah habis sebuku roti korang lahap dengan penuh selera. Sekali terjumpa ini....
*
![]() |
| Sandwich Tikus.. ^_^ |
Wednesday, September 15, 2010
Jom main lari-lari..
| Cumi. Where are you Cumi? |
| Yeah.. here I come! (nampak tak bukti siCumi ni jantan) |
| Jom main sorok-sorok? |
| Menyorok tepi tayar ni, mami nampak tak? |
| Cari tempat lain lah. Eh.. alaaa... mami dah nampak dah! |
Tuesday, September 14, 2010
JANGAN MANDIkan ARNAB di waktu PAGI!!!
Memandangkan J ada di rumah, makanya J lah akan dikerahkan untuk membersihkan lapik najis si Cumi & Didi di waktu pagi. Tiba-tiba timbul satu idea untuk mandikan budak berdua yang busyuk itew!!!Seronok je budak2 tu kena sembur dengan air. Siap lompat - lompat lagi.. hehe.. tipu je. Dah siap mandi, dibiarkan aje budak berdua itu menikmati cahaya matahari.. sunbathing la kunun.. heh.. Tiba-tiba si Cumi melompat atas Didi dan kasi gegar itu sangkar daaaa....
| aiyoh.. mami tepuk dahi je lah tengok perangai budak berdua ni! |
Haip! Mak Iti siap lepuk lepik si Cumi tuh.. hehehe... biarla dia. Kalau dah tengah gatai.. bukannya boleh dilarang... Dah puas mereka bercengkerama, baru J beri makan..
| Alfalfa is good for their digestion. |
Moralnya, jangan mandikan arnab diwaktu pagi ye!
notakaki: Busuk juga arnab ni yeh? hmm... rasa macam nak tukar hammies jadik nyiauu.. ade sesape nak tak hammies yang dah sedia jinak ni???














