Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Tertengok.. Tersangkut.. Ternangis... Eh?

Ok. Baru je lepas layan filem Ombak Rindu kat cenel 134 astro.

Sebenarnya... Dah tengok filem ni di panggung. Pandang orang kiri kanan lap mata lepas keluar panggung. Tapi tidak J. Mula-mula tak nak tengok tadi. Bila dah tertengok tu tersangkut la pulak. Tu pun dah cite dah mula setengah jam.

Amazingly... Tears dropped... streaming down the cheek. Ok, now I understand why they cried.

J: seemed like some of my senses coming back to me.. Was it a good sign?



Saturday, October 13, 2012

Untuk Tiga Hari

J baru berpeluang tengok. Langgan astrofirst. RM15 harganya. Belum campur tax 6%. Mahal sikit kot. Tapi...Takpela.. Boleh tengok banyakkkk kali selama 2 hari.

J expect J akan nangis tengok movie ni. Hehe.. Memang nangis pun. Takde la teruk pun. Cuma berlinang air mata kesedaran sedikit. Cuma masa scene Armi & Ujie dalam rumah baru mereka, dan rasional yang dihujahkan Armi buat J berfikir sejenak. Macam terkena batang idung sikit-sikit...aduss ...

J: 1. Backdrop dan bunga-bunga persandingan Ujie & Armi adalah sangat mengujakan. Santekkkkk amat!

2. The dialogues hit me in the head. It conviced me even more..."kalau cinta dia sejati, dia akan pertahankannya walau apapun halangan. Tapi bila dia sanggup melepaskan cintanya begitu saja, dah ditakdirkan jodoh kita bukan dengan dia"....

3. Semoga Allah pelihara hati ini untuk mencintai lelaki yang bernama suami sahaja. InsyaAllah...

4. Gambar credit google



Saturday, October 1, 2011

Movie on Saturday

1. Barbie Fashion Fairytale.


2. Cicak Koben (bukan movie tapi mural)
(pergi sekolah kejap tolong member cat mural)




3. Kongsi

Saturday, March 5, 2011

Merong Mahawangsa

Eh..  
Bukan ke tarikh tayangan 10 Mac 2011?

haaaa....


J adalah antara yang bertuah dapat tengok preview screening filem ni.
Rezeki J la jugak sebab kawan yang dapat tiket ni dan dia tak dapat pergi. Kebetulan masa dia offer kat FB J  pun online sama, jadi terus rembat laju-laju offer dia. hehe..

Apa REVIEW J?

hhmmmmmmmmm............

googled pic

Cubaan yang baik la jugak. Agak meleret. Dan... tak faham fokus sebenar cerita ni menjurus kepada siapa sebenarnya. Rasa macam terlalu banyak sangat benda nak diceritakan. J rasa yang paling menyerlah dalam cerita tu hanya Dato' Rahim Razali & Khir Rahman. yang lain tu... ntah lah. 

Tapi... lain orang lain pendapat. Apa kata kalau korang pergi tengok sendiri eh?

notakaki: Masih teringat Puteri Gunung Ledang the movie. Tengok filem tu berkali-kali pun masih tak jemu... 

Thursday, October 28, 2010

Buried | The Other Guys

imej google

Filem ni GILA bajet murah. I mean... GILA..GILA.. murah! Shooting hanya didalam coffin. NO WHERE else. Tapi Ryan Reynolds berjaya buat J sesak nafas juga. hnffss...hnffss...


imej google

Baca iklan kat suratkhabar, kalau tengok filem ni boleh ketawa kuat-kuat. Tapi filem ni tak berjaya buat J ketawa kuat-kuat. huh...

imej google

Memandangkan filem ni dibawah klasifikasi 18SG, jadi... banyaklah lawak-lawak orang dewasa. Secara keseluruhannya pada J, tak best sangatlah.. heh.. (maybe it didn't meet my expectation... I didn't expect for slapstic comedy anyhow, perhaps it wasn't humor enough for me.. haaihh..)

Tapi dek sebab nak merasa menonton kat MBO Kepong Village, layankan aje lah. Masuk-masuk je.. semua bau BARU... kusyen kerusi  keras sikit, tapi bila dah betulkan tempat duduk, agak selesa jugak. Tempat sandar pun tinggi. jadi best..boleh sandar dengan selesa. Yang penting tempat duduk luas. Luas kat tempat letak ponggong dan luas kat depan kaki...  tak sesempit tempat letak kaki macam tempat duduk TGV... eh.. terbanding pulak.. hehehe..

Nak pergi situ lagilah esok lusa...

Tuesday, October 19, 2010

Magika | Devil

Dah lama tak buat entri filem. Bulan puasa dah memang cuti tengok filem. Jadi... lepas raya aktiviti pun bersambung. yeay!!!

imej google
Lagu duet Mawi & Diana Danielle dah lama popular di corong radio. Lagu ok. Boleh la layan dengar sekali sekala. Filem? hhmm.... J tak berharap sebenarnya. (biasalah... tiapkali pergi menonton filem Melayu, haruslah pergi dengan fikiran yang tenang dan kosong). Jalan cerita agak menarik, Wataknya ramaiiiiii... yang terkesan cuma beberapa sahaja. (dah namanya extra.. haruslah tugasnya membantu je kan?) Rasa macam tak puas sebab banyak watak yang masih boleh dikembangkan dengan lebih berkesan supaya lebih terkesan lakonan mereka di mata dan jiwa penonton.. chewahh. hehehe.. Satu je yang J tak berkenan. Sanggul Nenek Kebayan, Ziana Zain dan bunga palsu atas kepala Maya Karin & ZZ. Sanggul tu macam tak kukuh je atas kepala ZZ. Macam nak tercabut je.. hehe..  Bab bunga tu pula, kalau guna bunga fresh atau bunga-tipu-tapi-nampak-fresh tu lebih baik rasanya. (suka hati je ngomel...arah filem sendirila.. tu pun belum tentu orang lain akan kata best. hehe..)

Lepas keluar panggung, J dengan movie buddy baru, masing-masing macam rasa tak best. hahaha... Bukan tak best sebenarnya. macam tak puas hati. hehe.. J pandang dia. Dia pandang J.

"Kita tengok Devil nak?"
"Jom.."
Sama-sama sengih... ^_^ Lepas kuar satu panggung, wiwi kejap, sambung masuk panggung lagi satu.. Marathon! ^_^

imej google
Filem saspen dalam lif. Scene banyak dalam lif & security room. Jimat tempat shooting. Tapi belum tentu jimat kat bahagian lain. Si pencabut nyawa, agak tidak dijangka. Akhir sekali semua mati, kecuali sorang. Semua pernah buat dosa sebelum tu dan sebagai balasan. Angel pencabut nyawa menyamar jadi manusia dan cabut nyawa pendosa-pendosa yang ada dalam lif tu. Yang seorang tu sempat mengaku kesalahan dia. So, Nyawa tak jadi cabut. Angel tu pun blah. Masa tu jugaklah, akhirnya pintu lif dapat dibuka. huh.. Not bad.. but it remedies the previous movie watched. Anyhow, it made us felt contented...

We had a super duper late supper and a loooooooooooooong sort of get-to-know-again talk accompanied with a series of giggles. Tak sedar masa berlalu...embun jantan pun dah keluar rupanya. After bidding goodbyes, I reached home safely  before 4 a.m. GILA!! haha.. dah lama tak balik pagi buta. Terasa macam kembali remaja macam dulu-dulu... (remaja purba dah...akekeke)

notakaki: I really had fun, awak. ^_^ Thanks for the birthday gift. Bittersweet. I like. Bila-bila nak buat movie marathon lagi, jangan lupa ajak, hokey?

Wednesday, September 29, 2010

Tiket Wayang Free.

Wah... Dah nak habis September rupanya. Boleh J lupa pulak GSC website member layak mendapatkan satu tiket free sempena sambutan hari keputerian setiap tahun. aaa..... Adalah amat rugi jika tidak dimanfaatkan tiket free ini. Kan? kan? kan? hahaha...

Oleh itu...  Ok tak kalau nak tengok movie ini?

Googled image
atauu..... tayangan gambar action packed ini?

Googled image

atau.... cerita ini? hehehe...

Image googled

Hokey... now.. siapa nak ikot? Angkat ibu jari kaki tinggi-tinggi!!!!!

deviantart.com
Sila sediakan duit tiket sendirik yeah?  Kalau tak, J masuk sorang je.. Hoyeah!!

notakaki: Dah lama tak buat aktiviti ada-aku-kesah tengok movie sorang-sorang... best jugak nieh!

Sunday, July 25, 2010

Mantra | Despicable Me | Inception

I've watched these movies recently. It felt like a payback after such a while I haven't watched any and missed so many.. :( Nak buat macam mana kan.. masa tak mengizinkan..  However I managed to do one of my fav activity.. yeay!

As usual, this is not a review. Hanya sekadar pendapat dari seorang penonton yang hobinya gemar menonton wayang.. (boleh?) ~sambil tersengih~

 piccies credit to google
(gambar dipilih ikut suka hati..harap maklum)

Menonton cerita ini, tanpa sebarang klu. eh... ada.. sebelum menonton terdengar promosi di Suria FM. Mr David Teo, kalau mempromosi.. tau-tau jela mestila kena bunyi gempak habis. Kalau tak gempak tak lakulah citer tu kan? Cerita ini mengetengahkan kesan pengamalam ilmu hitam dalam kehidupan.. Takdelah seram mana. Cuma tidak sangka ada adegan 18sx dalam ini gambar. ish..ish... ingatkan camera trick, rupanya-rupanya memang betul Zul tiada pakaiannya. Aduh... Secara keseluruhan, agak menghiburkan disesetengah bahagian dan J bagi 2 bintang aje lah..



 Despicable Me. Takmo cakap banyak-banyak. Lawak, tapi agak perlahan ditengah-tengah plot. Sekurang-kurangnya, dari terus tidak disukai akhirnya Gru menjadi seorang yang penyayang. Budak dua ekor dalam gambar kat atas tu adalah pekerja  Gru dan mereka sangat kelakar ye.. J bagi 3 setengah bintang!



Inception. Cerita yang paling berat (sebab tu letak bawah sekali..hehehe). Agak pening menonton ini filem. Mimpi didalam mimpi didalam mimpi yang lain pula. Menonton filem ini memerlukan pemikiran yang kritis. Kalau terlepas satu plot, memang tak faham. Disebabkan hero filem ni Encik Leo, jadi J pilih gambar ini. Pendek kata, lepas menonton filem ni, rasa penat. Penat otak nak cerna kefahaman yang macam tak berapa nak faham pada awalnya. (heh... kan dah keluar bahasa skema) Tahniah la kepada penulis skrip yang sangat penuh dengan komplikasi itu. 4 bintang J beri untuk filem ini.

notakaki:  Next movie... The Sorcerer's Apprentice. Ade sesape nak join?

Sunday, June 20, 2010

Lagenda Budak Setan

Dah lama tak cerita pasal tengok wayang kan?

Sebenarnya adala beberapa movie yang J dah tengok. Cuma tak update kat sini je. J dah tengok....

1. Niyang Rapik - Masuk lewat. Keseluruhannya agak menarik. Sebab boleh terasa suspense dalam penceritaan.

2. Iron Man 2 - Mula-mula tekun. Sekali tengah cerita hanyut.... kroihhh..kroihh... tiba-tiba, part lawan depan bangunan atas tangga tu. terjaga balik. Pastu lawan kat taman pulak.. lagiklah best. terus segar sampai habis..urmm..cerita dah nak habis baru jaga... hampeh tol. Macam mana J bleh terlena ketika tengok movie best pun tak tau lah...  kira cipta sejarahlah. Tak pernah lagi J tido masa tengok movie.

3. Clash of the Titans - Penuh dengan keterujaan. Berkaitan Gods of the Greeks. Reminds me to Percy Jackson, the Lightning Thief.

4. Prince Of Persia - Suke sangat! Tak sangka game yang selalu main kat PC Cu Ita difilemkan macam ni sekali.

rasa macam ada lagi.. tapi tak jumpa ticket tubs.. huhu...

Dan yang terbaru, wayang gambar ini...


image cari kat google
Dok heranlah sapela perempuan yg baju ungu tu dalam ini cerita. dah tengok barula tau.. hehe..

Sinematografi cun. Farid Kamil macam biasa-biasa je. Lisa Surihani dah pandai beremosi lebih. Bagus, ada peningkatan. Que Haidar over obses marah...sampai tak dengar pebenda yang dia marahkan. Buku novel yang Ahadiat Akashah tulis tu dah pernah baca semua. Tapi sungguh, lupa... ^_^ So, I didn't expect anything. Pergi menonton berbekalkan review dan kata bual kawan-kawan yang mengatakan cerita ni tak best.

Sesungguhnya...J jarang percayakan kata orang tentang pandangan mereka dengan movie yang mereka tonton. Sebab kebiasaannya bila J tonton, ia bukanlah seperti apa yang mereka kata. I would always find it interesting.

Orang sebelah J dok sibuk lap airmata. Tapi airmata J tak jugak turun-turun lagi. Airmata tu dok bertakung je... Masa Ayu kena belasah tu, baru ia turun. dan akhir sekali masa kat kubur. Selalunya J akan mudah tersentuh, mudah mengalir air mata. Kali ni tak. Mungkin movie buddy kali ni orang lain, jadi feelnya kurang.. (boleh ke gitu? heh)

Lepas ni nak tengok Nanny McPhee. Tapi sibukle pulak seminggu dua ni... Shrek pun dah terlepas di atas sebab yang sama. Nak ajak movie buddy pun, siang malam sibukkkkkkk manjang.... benci tau!

notakaki: I really miss my movie buddy... yeah... miss you so much sayang.

Sunday, February 28, 2010

Little Big Soldier & Percy Jackson and The Lightning Thief

Lama tak buat movie marathon. Takdele banyak sanagt pun.. habis hebat pun 2 movie jer berturut dalam satu hari. I did that recent. I watched Little Big Soldier and  Percy Jackson & The Lightning Thief.

J mulakan tontonan dengan Little Big Soldier*. Amie yang suggest. J ikut jer. Bila J tanya sape berlakon, Amie kata Jackie  Chan. Owwhh... konpem action movie ni.. ade lawan-lawan... Layan je lah. J tak perasan pun kewujudan movie ni dan tak pernah pun tengok trailer juga. So... tak expect apa-apa. Cuma masuk  duduk dan tonton. Rupa-rupanya.... SANGAT BEST!!! (bagi J lah.. orang lain J tatau...hiks.) Lee Hom yang hensem pun ada... dalam panggung tu.. J rasa ade kurang sepuluh orang Melayu yang menonton.. Mana taknya, dah tengok kat Kepong. Faham-faham je ar.. Watak Jackie Chan berjaya dilakonkan dengan penuh kelakar... Tak berhenti J & Amie ketawa. Dia sebagai askar, pergi berperang. Orang lain semua mati kecuali dia. Mana taknya.. sebelum orang mati dia dah berlakon mati dulu dengan bubuh ekor anak panah berspring tengah dada  seolah-olah dia dah mati kena panah. Boleh pulak anak panah tu  di lipat semula dan tegak kembali bila  dia jatuh.
Lee Hom, seorang Jeneral yang terselamat dalam peperangan yang sama... kira macam opponent Jackie. Dek sebab Jeneral ni cedera, jackie angkut dia sebagai tawanan untuk dipersembahkan kepada ketua negara Liang. Secara pendeknya.. cerita ni mengisahkan peperangan yang wujud di China atas sebab penaklukan kerajaan Qin ke atas semua negera-negara yang ada sebelum  terbentuknya hanya satu negara  yang dinamakan China. Movie ni takde la pasal sejarah sangat. Ia mengisahkan watak seorang askar yang benci peperangan, tetapi terpaksa pergi berperang. Tak kisah dengan apa  saja yang orang kata tapi tetap berpegang kepada pesana ayah dia... Dah abis gelak ketawa, ending movie ni agak sedihla jugak. Tp takde la sampai bergenang air mata. Keseluruhannya... 4 bintang lah!

*~little heart in a big body~

Next movie watched was the Pencuri Kilat. Ingatkan Percy Jackson tulah pencurinya.. rupanya orang lain. Tapi orang yang menjadi pencuri tu hanya muncul beberapa scene jer.. Tak kena lah tajuk dengan ceritanya.. haha.. sukatik jer.. Menurut Amie, agak karut cerita ni.. J pun setuju. (hasil dapatan lepas tengok movie ni la kan..) The Greek Gods, boleh turun ke bumi ber'hubung'an dengan manusia sehingga melahirkan anak yang dipanggil 'demi god'.  Tapi setelah tu mereka tak dibenarkan langsung contact anak tu semula Sebab Zeus dah buat undang-undang melarang perjumpaan dengan anak-anak yang dilahirkan hasil dari perhubungan dengan manusia. As u can see in the poster.. Percy is the son of Poseiden.  Adik beradik kepada Zeus & Hades. Dia ni ada dyslexia & ADHD. Tak sedar pun dia ada power.. yang dia tau..dia suka berendam lama-lama dalam air. The movie was okay. Takde la sampai rasa tak berbaloi langsung bayar tiket..


nota kaki: imej amik dari google..

Sunday, February 7, 2010

Tengok Avatar Lagik!

Yeah.. I went to watch Avatar again yesterday...for the second time. I promised to accompany Amie to watch the movie before. After sometime.. due to time constraint we've forgotten about it. Since dah lama tak ngedate, dia suggest tengok Avatar and he was so lucky GSC 1 Utama is still showing the movie.


miau..miau yang sangat giant tapi comel.. kat concourse new wing 1 Utama.

J  dah tengok sebelum ni, jadi kali ni J nak tengok the finer details... TAPI.... J sangat kecewa. Sound system kejap perlahan, kejap kuat. Dah la ade potong sikit sana sini.. pulak tu gambar gelap suram kelam jer. Tak macam yang J tengok kat e@Curve. Mengganggu konsentrasi jer.. Serius.. tak puas tengok!!!!  Throughout the movie we are supposed to watch many wonderful and colouful scenes in Pandora, but yesterday.. J tak dapat menjamu mata sepenuh hati. Gerammmm je bila minah sebelah J duk ulang sebut, cantiknyer.. cantiknyer...! Maybe dia first time tengok,sebab tu dok ulang sebut cantiknyer...cantiknyer.. Menambah lagi ketidaksedapan yang sedia ada... POPCORN LEMAU!!!!!!!!!!! Nyesal beli.. dah la beli yang besar pulak tu. Jenuh la gonyeh nak bagi abis... Nak buang membazir la pulak kan??? Kunyah jugakla dengan muka yang tiada perasaan...

Amie bergembira dapat tengok Avatar akhirnya.. Berbaloi katanya. Tapi J... hhmm...

nota kaki: kalau sempat nak tengok movie pencurik kilat khamis ni....

Wednesday, December 30, 2009

Avatar Super Duper Giler Best!

I just came back from Cineleisure. Tengok Avatar dengan Ikhwan & mama. We were undecided between Avatar and Santau. Akhirnya, kami pilih untuk tengok Avatar tambah lagi teringatkan review marts  pasal movie ni.




To cut short, memang super duper giler best. Kalau boleh, tak mo miss any scene. Very magical... rasa macam dekat di hati.. hehe..Yang tak tahan tu.. banyak scene yang buat J SERIAU tapak kaki. Sebab diorang suke bebeno jalan/lari/lompat kat tempat tinggi-tinggi... Tu baru tengok movie biasa.. kalau tengok 3D gamaknye... asyik ngurut dada je lah kejenye.. hehehe...

Sape tak tengok lagi, jangan pikir panjang, CEPAT jgn buang masa lagi!!!!!!!!!!

Wednesday, October 21, 2009

The Hottie & The Nottie

Dari petang tadi, kepala rasa berdenyut-denyut. Lepas je lepak dengan Bos minum petang tadi, terus sakit. Takkan migrain J datang balik? Kerisauan dalam hati J skarang ni, takdelah sampai buat J stress. Dalam sakit-sakit ni sempat jugak J melepek sambil layan citer ni. Menarik sebenarnya.





Cerita ni berkisar tentang perempuan cantek yang berkawan baik dengan perempuan takCantek menyebabkan Si cantek takde boipren kerana takmo si takCantek kesorangan. Si cantek tu adalah Paris Hilton dan Si takCantek tu adalah Joel David Moore.

J malas nak review panjang-panjang. Moralnya... Jangan terlalu berharap untuk menggapai bintang di langit. Sedangkan tapak sulaiman didepan mata lebih bermakna untuk kita capai... (peribahasa yang J baru reka kejap tadi.. mesti kena marah dengan cikgu BM J ni...hahaha)

Saturday, October 3, 2009

A Perfect Gateaway

I would like to say sorry as I couldn't fulfilled my promise to post a picture of me wearing the selendang with Aishah. I felt like so 'jangok' (org Klate tau le maksud dia ape) and decided to change into another tudung. In addition to that Aishah was absent yesterday. So... no pic with her also.

I feel like I needed a Getaway... Haven't been anywhere yet this year. I have some plans in my head...maybe a nearby getaway. Having fun while celebrating our birthdays together. If it happens, will be posting about it later.




I watched A Perfect Getaway last night.As usual I went with my movie buddy, Amie. We went to the TGV Mines. As the movie started, the music goes loud. Which is usual. But when it comes to conversation by the actors, the sound was too low. It was not a perfect getaway for us because they were having sound problem. There were like not more than twenty of us in the theater. Nobody made a move to tell the staff. So, I went. They took 20 minutes to fix it up. And finally we got to watch it with a peaceful mind.

But the peacefulness doesn't linger long. My mind started to stir, guessing which couple actually is the murderer. There were 3 couples and one of them were the murderer in disguise for they have killed a newly wed couple and took over their identity. The stabbing part was REAL. I mean.. it looked REAL. It made me shiver and squeeze my palms so hard. (well.. I lied.. that was because I was freezing cold.hahaha). I would like to tell u more. But I don't want to kill your anticipation. Watch this movie. You'll know who's the murderer couple. hehehe..

I saw this poster.. coming soon.. Can't wait for it to be released!

Sunday, September 13, 2009

Final Destination 4 & Jalan TAR

Semalam, malam yang penuh dengan aktiviti...


Cadang nak terus pegi shopping lepas berbuka. Amie ajak tengok Final Destination 4. 1 jam setengah yang penuh dengan saspen, jadi rasa macam kejap sangat. Sampai J cakap, Laaa... dah abes ke? J beli popcorn tapi makan tak sampai separuh pun. Bukan sebab rasa perut nak membuak. Tapi tak boleh nak concentrate bila bunyi mulut mengunyah menganggu kosentrasi mata dan minda nak mencerna setiap aksi yang berlangsung sepanjang cerita.



http://www.shockya.com/news/wp-content/uploads/final_destination_4_poster2_foreign.jpg

They cheated death. However, death still comes after them. One by one died. Yang paling J 'suka' bila tayar F1 car tu melambung dan crashed on a mechanic wife's head. Kepala bersepai.. tinggal tulang yang sambung dari otak ke belakang jer.. hehe.. takmo citer lebih-lebih.. What I can conclude the excitement and suspense was still the same like the previous Final Destination movies. Watch and experience yourself...



J's bagi : ****



Movie abes 11.30. Terus kami mengharung Jalan TAR. Walaupun dah midnite, jam macam 12 tengah hari! Sementara tunggu queue parking. J nampak Mr Engineer & Miss fiancee. Saje perati dari jauh tengok ape benda la yang diorang nak cari kat kedai beg tu.. dua-dua tercangak-cangak tengok beg. Cari beg untuk honeymun kerrr??? Jauh dtg shopping ek!

Seriyes.. orang ramai giler... Sampai banyak kali bontot kena sondol dengan perut-perut buncit yang ikut dari belakang. Adeh.. Benda yang di cari tak jumpa. Sudahnya, 1.30 kami keluar dari situ, tapi orang masih lagi berpusu-pusu masuk Jalan TAR. Dengar-dengar.. peniaga tu tutup 5.00 pagi. BIAR BENAR?! Esok pagi nak bukak gerai semula. Dahsat tul buat duit... Walaupun ekonomi tak berapa nak bagus, tapi J tengok orang berbelanja sakan. Berbeg-beg shopping diorang bawak keluar dari Jalan TAR. Tapi J keluar dengan tangan kosong.......

mm....Mission failed.

Monday, August 10, 2009

Weekend yang panjang...

Mom was here but she went home yesterday.


We went round and round during the weekend. It started on Friday afternoon. She wanted to go to Floria. So, I took her there. Pictures we taken but I couldn't find the cable. Later eh.. buat entri basi. Then we made a tour at the Pasar Malam nearby... It was sooooooo big and lots of stalls with lots of people. And of course many interesting goods sold over there.. Then I suggested to go to Alamanda... Saje je, balik lewat sikit tak mo tempuh jem...




On Saturday, we went to Wangsa Maju. To find the Electric Theraphy office. It's a product from japan. Click here for more info - ITO.Then off I drove her to Shah Alam. It's like crossing half of the globe... hehehe.. Pergi tgk pameran hartanah PKNS, masuk Kompleks PKNS, had our late lunch, beli tudung and cempedak madu goreng yang sangat maniss.... Reached home at 6. Then, I went flat.


She planned to go home on Sunday. Unfortunately tiket balik ke sana sudah habis. Balik hari Isninlah. Then I got the idea to take her to watch The Proposal.. Dah lama J tak buat Movie preview kan? J dah tengok macam-macam movie. Tak daya je nak update kat sini.. (malas lah tu) I googled this poster from here.. http://www.impawards.com/2009/posters/proposal_ver2.jpg



I liked this than the other one... Sangat best. Eventhough Sandra nampak semakin tua.. but the storyline I can say is intriguingly interesting. Funny and entertaining. Ma laughed throughout the movie. Sape yang nak tengok comedy and not so romantik kinda movie, go ahead. try watch this one. You'll like it...

Tuesday, April 14, 2009

Jangan Tegur

My first film review here.. kita mulakan denganc cerita antooo...
Aku tak pandai nak review apa-apa.. I'm posting this entry saja-saja suka untuk menambahkan pendapat-pendapat yang sedia ada. I watched this movie last Saturday. I watched the night show. I repeat the NIGHT show. Berani la konon nak tengok malam-malam.. haha.. Orang yang jadi peneman pun duk tarik-tarik siku saya! hiks..
The storyline biasa je.. expected. Accident, mimpi, dapat petunjuk.. nak bagi tau mati kat tempat yang hampir kena langgar dulu.. tak saspen sangat. Sound effect kuat je buat terkujat sket. Lakonan Pierre tak menangkap lah.. The funny part was the moment Julia Zigler kena rasuk... sebijik macam Emily Rose, Exorcist tu..
My rate: **

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^