Showing posts with label Cik ViSaye. Show all posts
Showing posts with label Cik ViSaye. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Jauh dah dia jalan..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, December 23, 2011

Miss You


Cuti kali ni dah takde orang suruh balik awal... 

Thursday, June 16, 2011

MyVi Elegance ~HOT from the oven~

~HARAP MAAF. Kualiti gambar tidak memuaskan kerana bukan saya yang mengambilnya. Semuanya ehsan Mak Iti.~




notakaki: Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? 

Wednesday, September 15, 2010

Jom main lari-lari..

Cumi. Where are you Cumi?
Yeah.. here I come! (nampak tak bukti siCumi ni jantan)
Jom main sorok-sorok?
Menyorok tepi tayar ni, mami nampak tak?
Cari tempat lain lah. Eh.. alaaa... mami dah nampak dah!

notakaki: pabila tiada aktiviti di hari yang sejuk setelah hujan sedari pagi. sejuk dibawa hingga ke petang... bbrrrr...

Monday, September 13, 2010

Bersawang..

Cuti raya. Cuti memandu. 3 hari Cik ViSaye terbiar tanpa belaian manja J. Bila J jengah pagi tadi...


tuuuuuu dia... siap bersawang lagi tu!

Monday, September 6, 2010

Gosok.. jangan tak gosok!

Perjalanan pulang ke kampung halaman, telah melewati beberapa jam kegelapan malam. Kalau dah memandu di waktu malam, haruslah banyak serangga & kupu-kupu malam yang menjadi arwah dan terkubur di hadapan Cik ViSaye. Jadi berlakulah sesi memandikan Cik ViSaye. Sedang J tertinggung-tonggeng memberus tayar, Pak Mat suruh ambil berus pencuci kereta yang tergantung di paip air. Baiklah. Wah... lebih mudah rupanya. Terutama sekali bila hendak mencuci bumbung Cik ViSaye. Maka, pencucian dan  penyentalan berlaku dengan gembiranya....  sehinggalah...


Oh NoooOooOooooOoooOoooo!!!



Akibat terlalu ghairah menyental!

J: Paaaaa...........!!!!!!!!!!
Pak Mat: Letak sini.. boleh tampal dengan gam je tu..
J: ~pheeww.. lega!~

Tuesday, May 25, 2010

Bila Cik ViSaye & Cik ViDiye bertemu

Bila Cik ViSaye & Cik ViDiye bertemu...




Kite mandikan mereka bersama!

nota kaki: Kereta pun boleh dating ekk? heh...alasan jer tuh.. hikhik..

Tuesday, May 4, 2010

Penantian yang satu ini sudah berakhir...

2 minggu, serba tak kena je selagi tak terima kunci yek? kesian dia... (^_^)


Finally, on the 1st May, you received your first car ever...
Alhamdulillah... B tumpang gembira.
Terima kasih kerana mengotakan janji.
Dan... jangan lupa kotakan juga janji-janji yang akan datang k?

nota kaki: penantian yang satu lagi... bila pulak ek? Tak lama lagi kot?

Monday, March 22, 2010

My new pet

J pernah buat entri teka teki ape benda cockroach trap tu.
Bukan contest yer.. takde hadiah-hadiah.. hehe..


Puan Murni berjaya teka dengan betul!!!!!!

Memang cicak pun. Sebenarnya dah lama dah J berjaya memerangkap cicak ni. Lama jugaklah terperapnye entri ni dalam draf... hehe.. lupe nak update.  J tak tangkap cicak ni kat rumah. Tapi dalam Cik ViSaye. 

Yang boleh terperasankan ada cicak dalam kereta tu, masa balik dari pasar pagi Ahad. Sebelum masuk kereta, J nampak macam ade benda asing atas seat. Uikss.... ape tu? Oh Nooooo..... ish..ish... rupanya selama J berulang alik dari KL ke Perak selama ni, bertemankan cicak.. adoilaa.. Ni bukan cicak biasa yang jumpa kat siling-siling rumah. Kulit dia pun macam lain semacam jer. Eii... tak boleh jadik ni!


Balik rumah.. selongkar laci-laci, cari roach trap. J tabur nasik sikit atas roach trap tu. Letak tak lama pun. Dalam 3 jam lebih.. sementara tu.. J pegi tengok wayang dulu. Masuk je kereta lepas tengok wayang, terus terkam trap tu. Hah...BERJAYA!!!!!!! siap bersemut lagik.. Boleh tahan besar jugak. Ya Allah... macam-macam rupanya penghuni dalam Cik ViSaye ni ekk? Dalam kereta korang ade binatang peliharaan tak???

Wednesday, March 10, 2010

Teka Teki Teka Tekuk

Entri ini dikeluarkan sekali lagi.. hehe..


Cuba teka ape ade dalam tu..?

Friday, January 15, 2010

saye cedera...

mmm.. bukan J yang cedera. Tapi Cik ViSaye. (-_-)

I was on my way back to my hometown just now. As usual, I'll take the normal route along the coastal area. Last week pun J balik juga, tapi keadaan jalan aman dan damai sangat. Hari ni, asik mengekor bontot lori je..  Lepas potong satu lori, jumpa lori lagi kat depan. Lepas satu, satu, lori bersusun disepanjang jalan.

Sampai kat area Bukit Rotan, masih ada lori di hadapan J. Lori yang sangat besar dan panjang. Kanvas penutup lori tu berlubang-lubang. Jadi cebisan lubang tu berterbangan ditiup angin. Dalam hati ni dok tertanyalah jugak.. apelah yang ada dalam lori tu.  Walaupun berpeluang untuk overtake, J masih maintain ikut bontot dia. Sekali... tiba-tiba... J nampak sebatang kayu, terbang melayang keluar dari salah satu lubang kanvas tu jatuh atas jalan. Allah!!! Terus tekan brek. Untung nasib, dapat la elak dari terkena kayu tu. Apekan daya... nasib tak menyebelahi J dan terkena bahagian depan Cik ViSaye. 

Alhamdulillah, syukur kepada Allah... J tak ikut rapat belakang lori tu. Kalau tak mau berkecai cermin keta tu dibuatnya... I might end up in the hospital.. I guess.. J ingat tak de ape kot,sebab bunyi kayu yang kena depan kereta tu tak kuat. J berhenti solat kat Petronas Tanjung Karang, lepas solat tu baru J tengok kereta. Terduduk J depan kereta tu bila tengok plat hilang & lampu kecik bawah tu terkulai... terkontang konteng.. Rasa macam jantung berhenti berdegup untuk beberapa saat.. Termenung kejap J kat situ.



Nampak macam takde ape yang cederanya kan? Tapi... plat mungkin hancur pecah tercicir merata jalan dan tempat letak plat tu pun pecah jugak...

Lampu ni pulak,nasib tak pecah.. mungkin bracket skru pecah, sebab tu dia tergantung terkeluar dari tempatnya. J cari selotape dalam beg. Takde. Terus J masuk dalam Petronas tu, mintak selotape dari adik-adik kat kaunter tu. Belasah lah.. janji tak cicir tengah jalan sudah.



Walau macam mana berhemahnya kita di jalan raya... kalau orang lain tak fikir atau pentingkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.. inilah salah satu akibatnya...

Sian Cik ViSaye...

nota kaki: Sian jugak kat tuan Cik ViSaye tu... dah lah agak-agak sengkek nih... tiap-tiap minggu pulak kena balik... hhmmm.. Sedih tol... Bukan rezeki J la tu agaknya...

Monday, October 12, 2009

Sian Cik ViSaye...

Matahari besar dan merah pagi ni.. mengingatkan J pada kisah dihujung minggu mengingatkan MEMBARANYA hati J.



Cik ViSaye telah dicederakan. Bengkek betol dengan Viva Putih WTS 1502. Pemandu tu boleh bukak pintu biar pintu dia berlaga dengan pintu sebelah kiri kereta J. Kalau pelan tu J tak de heran sangat. Mungkin tak berbekas. Tapi dia boleh buat selamba, masuk dalam kereta, panaskan enjin. Pehal mamat ni? J keluar cek. memang calar sikit. Takde la nak turun cermin tingkap nak say sorry ke.. hape ke.. Takde adab sungguh. Kalo ko tak sayang kereta ko pun, sukatik ko la.. Aku sayang keta aku woi!!! sedey..



Malam tu, J on the way nak balik rumah. Nak ikut MRR2, jem. Jadi J ikut jalan belakang. Bnayaklah jugak kereta tapi, bergerak lah jugak. Sesambil tu J buka Cd Faizal Tahir kuat-kuat. Tiba-tiba J terasa macam ada benda bergesel dgn Cik ViSaye. mm.. ye ke, tak? ye ke, tak? Takpelah, tak kot.. J pun terus je.. sampai je rumah, J tengok la.. isk..isk.. dah la baru tukar bumper asal. (selama ni J pakai bumper lain sebab bumper asal kemek kena langgar basikal masa parking kat luar rumah makpak J) 2 kali dalam satu hari! mm... kenapa yek?



Ni cerita tak kena mengena dengan Cik ViSaye. Budak ni namanya Afiq Haiqal. Dia duduk meja depan. Sorang je Takde buku aktiviti hari ni. Dia ni budak nakal dan banyak akal. Pandai juga berlakon. J sibuk melayan kerenah yang lain. Sebab hari ni J bagi latihan buat ayat menggunakan makanan yang mereka dah belajar. Mula-mula J tenung. Dia masih tak sedar. Then, sorang budak perempuan join. J renung lagi. Ape motif dia potong plastecine tu kecik-kecik.. takkan main masak-masak kot? Dia pandang J sekilas, dan teruskan bermain.



Dia ingat J tak marah. Sebab selalunya J akan hamuk kalau sape-sape takde buku. Sekali J, dpt idea. J keluarkan henpon, tangkap gambar. "wei..ticer amik gambar ko la.." "mm.. senang saya nak tunjuk bukti pada guru besar, guru kelas dan mak ayah awak tentang perangai awak. Terus dia simpan, buat muka sardin. huhuhu..

p/s: Walau macammana kita berhati-hati dan cermat dengan pemanduan dan penjagaan kereta kita, kalau orang lain yang tak cermat dan berhati-hati akan kena kereta kita jugak.. benciiiii....

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^