Semoga diri ini dan kita terus istiqamah dalam cubaan memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada tuhan..
Tuesday, December 31, 2013
Sunday, December 29, 2013
Orientasi 2014
Pertama kali diberi peluang membantu menjaga ujian diagnostik untuk orientasi muris tahun 1. Boleh tahan mencabar jugak. Dah 4 tahun tak mengajar tahap 1..jadi agak kekok nak beri arahan dan pastikan mereka dengar arahan dengan menggunakan bahasa mudah.
5 minggu anak tekak berehat. Tiba-tiba kena bekerja keras tanpa warm up. Terbatuk-batuk dibuatnya. Harap-harap tidaklah sakit tekak..
Friday, December 27, 2013
Dari tingkat 18
Selepas berurusan di Wisma BSN, terpandangkan pemandangan ini. Selepas renyai hujan, ia kelihatan cantik di mata.
Thursday, December 26, 2013
Tiada Restu
Berkasih-sayanglah sampai 7 tahun pun...kalau tiada restu dan bukan jodoh, tak kiralah apa saja perbuatan tak cerdik yang pernah dilakukan...takkan jadi.
Apatah lagi percubaan berkasih sayang yang baru berusia sebulan.....
Simpati.
Mata Tak Mau Lena
Esok pagi kerja.
Jujur..belum bersedia untuk mula bekerja.
Macam-macam bacaan dah dibacakan.
Namun mata masih belum terpujuk.
Terujakah? Hmm...
Tiada rasa apa-apa sebenarnya.
Semangat berkobar hilang entah kemana.
Budak Jebat ni pun sibuk nak menyempit tidur sama.....
Tidurlah sejenak wahai diri kerana esok bakal menerima sebakul tugasan yang berkilo-kilo beratnya...
J: alangkah indahnya jika kamu ada untuk membisikkan kalimahNya kepadaku agar ia dapat mententeramkan jiwa gundah ini...
Tuesday, December 24, 2013
My Precious Iris
Sambungan I Love You, Stupid.
Satu perhubungan yang terlalu sempurna kasih sayangnya... hero mati ditembak isteri sendiri dalam keadaan buta sementara dalam kekalutan pembalasan dendam kerana cinta tak dibalas.
Tapinya... ending dia sangat mengelirukan. Hero tu dah mati atau tak sebenarnya... sape dah pernah baca? Jenuh fikir apa kesudahan sebenarnya.
J: jiwa kacau dibuatnya..
Sunday, December 22, 2013
I Love You, Stupid!
Mahu ulang baca. Tidak jemu membacanya. Kisah yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan telah menjentik sedikit kesedaran dalam diri.
Terima kasih Melur Jelita kerana menghasilkan karya ini
J: 1. Sedang menyambung pembacaan kesinambungan buku ini, My Precious Iris.
2. Firman Ebrahim.....menguatkan rindu kepada bakal suami...
Friday, December 20, 2013
Sunday, December 15, 2013
Tingkap Untuk Julie
Kalau kat rumah mami, Julie dan Jebat akan bersidai kat tingkap untuk birdwatching, sunbathing or just simply sleeeping. Insyallah, takkan terjun sebab tinggi melangit. Tapi kat rumah Mak Iti, mintak maapla...semua tutup rapat.
Kalau terlepas mek Julie ni keluar, sukati dia merayau merata melompat ke rumah orang sebelah smpai lupa diri dan kat luar rumah Mak Iti ada 4 ekor kucing big bro J. Nama je kucing big bro, pagi petang siang malam melepak depan rumah Mak Iti je kejenye. Mana taknya..asyik dapat makan kenyang je sampai lupa jalan pulang.. hehe..
Bermodalkan RM7.00 sahaja, J dapat buat portable netting untuk single window. Julie dapat tengok luar, angin pun boleh keluar masuk dengan lebih baik dan yang penting, NYAMUK tak boleh nak sesuka hati buat lawatan jalan-jalan cari makan dalam rumah. ^_^
Saturday, December 14, 2013
Morning Market Popcorn
While chatting with fellow friends on whatsapp, someone mention going to the cinema to watch Hobbit 2 and buy popcorns instead if the theatre is full.
There's no TGV cinema here in my hometown as my favourite popcorn would be from that cinema. There's one small cinema but I don't really favour theirs. So, I went to a morning market near a kampung. I found a stall selling popcorns.
I didn't straightaway buy the popcorn but I did a little observation from afar. Everytime the popcorns pops, fell out from the pot, people will be gathering around the stall and bought them. The colour of the pop corn changes from pink to green to yellow and they repeat..Non stop!
Then only I decided to buy one myself and they tasted good! The sweetness, saltiness and crunchiness were really satisfying. I even have to giveway to Mak Iti too as she seemed to liked it. ^_^
This one will be in my 'must buy list' whenever I go to the morning market again next time.
Thursday, December 12, 2013
The Wedding Breaker
Tajuk je dalam Bahasa Inggeris tapi isi ceritanya dalam Bahasa Melayu.
I really love the storyline. Tak membosankan. Anyhow, as usual the hero will be too good to be true. Walaupun tak mustahil lelaki seperti itu wujud.
Ceritanya tidak mengkhayalkan. J suka cara Evelyn Rose, si penulis, mengetengahkan 'fighting spirit' dalam watak heroin dalam cerita ni. Semangat yang perlu ada dalam setiap wanita. Please read if you haven't. You'll enjoy it.
Wednesday, December 11, 2013
Friday, December 6, 2013
Mental
Kalau nak baca, kena baca dengan minda yang terbuka. Agak sukar nak cerna. Penulis bijak membuat pembaca terteka-teka walaupun ada terasa sedikiy bosan kerana pengulangan kisah yang sama berulang kali.
Rasanya buku boleh diletakkan klasifikasi 15sx kot.
Pelangi Cinta Buat Suami
Perasaan jadi roller coaster sepanjang pembacaan. Disarankan untuk beli atau pinjam dan baca. ^_^
J dah kurang arif tentang penulis mana yang telah menulis cerita yang best atau tidak. Terlampau banyak di rak kedai. Jadinya buku ni dibeli atas saranan teman kaki novel.















