Friday, November 30, 2012
Monday, November 26, 2012
Langsir Baru
Jumpa tab curtain yang simple ni kat tesco. Warna pun cantik. In fact, ada beberapa warna pilihan yang cantik. Akhirnya, J pilih warna ungu ni. Masa tercongak-congak kat depan rak, rasanya warna ni paling sesuai dengan warna dinding rumah. Alhamdulillah, one of my 2012 wishes ,done! Dapat juga langsir yang berkenan dihati dengan harga berpatutan. Dari sebelum raya puasa cari. Lepas Deepavali baru jumpa. ^_^
Bila dah berlangsir baru ni.. Ian dah buat port baru dia... Tido belakang langsir... Zzzzzz.....
Thursday, November 22, 2012
Berpayung
Dah lama tak kekedai ditengah hari rembang. Semata-mata nak beli lobak masin dan kacang panjang untuk laksa mi.
Walaupun berpayung... Berpoluh ketayak dibuatnya. Hihi..
Ingin Berkasih Lagi
Karya Damya Hanna.
Cerita yang menarik. Sekali dah mula rasa tak nak berhenti. Buku sebegini yang J suka. Dalam satu hari dah habis...
J: cuti dah mula so, it's time to do lots of reading!
Wednesday, November 21, 2012
Sakit kepala
Past midnight dah. Dah cuba pejam. Dah cuba baca apa- apa yang patut. Tetap tak boleh lena. Masih berdenyut rasanya. Sakit sangat sampai tak boleh nak lena. Hmm...kalaulah...........
Eh.. Mungkinkah Allah beri sakit ini kerana sering terfikir yang bukan-bukan?
Astaghafirullahal'azim..
Tuesday, November 20, 2012
Self reward
Finally, found a nice leather wallet with enough card slots for less than RM100. I really wish that all cards can be combined into one only. I do have more, but I keeping the important ones in it only. And welcome to the new card, The Vet. You'll occupy the last slot in my wallet.
J: A self reward for doing a good job for the past years...^_^
Monday, November 19, 2012
Sangat Sayang Dia
Dia teman yang setia
Dia mengelap air mata saya
Dia tersenyum melihat saya ketawa
Dia sedia dipeluk bila saya perlukannya
Dia penyejuk hati saya
Dia juga rela dibuli oleh saya
Dialah manja hati saya
Saya sangat sayang dia..
Tertengok.. Tersangkut.. Ternangis... Eh?
Ok. Baru je lepas layan filem Ombak Rindu kat cenel 134 astro.
Sebenarnya... Dah tengok filem ni di panggung. Pandang orang kiri kanan lap mata lepas keluar panggung. Tapi tidak J. Mula-mula tak nak tengok tadi. Bila dah tertengok tu tersangkut la pulak. Tu pun dah cite dah mula setengah jam.
Amazingly... Tears dropped... streaming down the cheek. Ok, now I understand why they cried.
J: seemed like some of my senses coming back to me.. Was it a good sign?
Saturday, November 17, 2012
Thursday, November 15, 2012
Sungai Kedondong
Wednesday, November 14, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Sakit Mata
Ini saja yang tinggal...
Monday, November 12, 2012
Sunday, November 11, 2012
MeRendang
Untuk julung-julung kalinya... J masak rendang tanpa pengawasan Mak Iti.
Perrgghhh... Dahsyat sey. J masak rendang?! Keh..keh.. Rasa macam nak terbalik dapur tu bila sesekali masuk dapur. Tapi awal-awal dah tepon Mak Iti untuk confirmkan bahan-bahan yang perlu.
Bau ada macam bau rendang. Tapi... Tang rasanya kena tunggu esok. Kengkawan nak makan ketupat dengan rendang J. Can't wait!!!
Saturday, November 10, 2012
Dianugerahi...
...penghargaan yang J rasa masih ada yang lain juga layak menerimanya... Mungkin kecil bagi orang lain TAPI ia adalah BESAR bagi J.
Alhamdulillah. Terima kasih di atas rezeki pemberianMu.
p/s: a tear dropped. really wished that my beloved ones were there too..



















.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)
