Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, June 24, 2013

Kesan Jerebu & Kesihatan

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 16, 2013

The sceptical me.



I usually don't really believe in health related goods, sold by all sorts of direct selling. I always felt like it is a need to give it a test beforehand.

My aunt bought this last year. It is called GUASA. I kind of did not believe that this piece of small thin thing could relieve anything. Not until last night, I had a bad migrain after spending a day out with my family at the shopping mall nearby. I tried to get some sleep. After I woke up the pain was still there. :( then my aunt gave me her guasa and asked me to rub it on my head.

Mom rubbed the guasa on my head. It felt painful when the guasa touched and moved on the skin of my head. If there's nothing wrong with the area that you rubbed on, you'll feel no pain at all. Since, I had a terrible headache, it felt really painful eventhough mom didn't press the guasa too hard while rubbing it on my head 

After a few rubs, the headache slowly fade away. Alhamdulillah...

So..should I get one?
Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, May 9, 2013

Stocking up the kibbles.

Went to the petsmore.com pet shop. 2 weeks ago I guess. They were having a promotion. For each 3 kg bag of kibbles purchased you'll entitle the smaller one with just RM1 only!

J: not sure wether the offer has ended or not. Go and check it out if you cats eats Iams. ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, March 16, 2013

Mata Satu

Yang tak sempurna begini..selalunya tak hidup lama...kan?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, November 12, 2012

Nakkkkkkkk ini!

Boleh jadi wall separator kan?
Mesti Mek Julie suka benda alah ni. 
^_^



Tuesday, May 22, 2012

Yang Benar Tentang Ahmad Hakimi

***Sticky post. Please scroll down for latest entries. Tenkiuu... ^_^***

J: memang sedih bila membaca pelbagai sebaran perkara yang negatif tentang Arwah.. Bertambah sedih bila ada yang memaki, mencaci, mengutuk, mengecam dan sebagainya.. Tak terbendung kesedihan bila mengetahui setiap perkara yang tak benar yang telah tersebar. Oleh itu, diharapkan anda dapat baca dan sebarkanlah... Terima kasih Aznee.

http://tentangaznee.blogspot.com/2012/05/fake-about-kimie-rabudzi.html


As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad endingsecara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul... 

Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalahSALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..

Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu... Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam... 

Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat  sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....

Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka".. 

Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...

Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..


Friday, May 18, 2012

Juma'ah Mubarak

Mami kata jom amalkan baca surah Al Kahfi setiap Jumaat..

Kenapa?

Mami kata... Ce google tengok. Hihi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 8, 2012

Dia Yang Sudah Pergi...

http://www.hmetro.com.my/articles/Bayi__8216_terbang__8217_atasjalan/Article

MAUT...bomba mengeluarkan mayat mangsa yang  tersepit dalam kenderaan. Gambar kecil, Ahmad Hakimi.


KUANTAN: “Menggeletar badan saya apabila melihat bayi lelaki itu menangis atas jalan dengan kepalanya berlumuran darah selepas tercampak keluar daripada kereta,” kata Bakhtiar Md Dom, 33, saksi kemalangan maut di Kilometer 205.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Gambang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Ahmad Hakimi Ahmad Rabudzi, 31, dari Batu Kurau, Pekan, dekat sini, yang memandu Mitsubishi Lancer dan isteri, Siti Rohani Abd Ahalim, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat patah leher dan cedera di kepala.

Bagaimanapun, anak lelaki mereka, Ahmad Uzair berusia enam bulan yang tercampak keluar daripada kereta terselamat walaupun cedera parah di kepala. Bayi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Katanya, ketika kejadian, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuantan mendapati keadaan di laluan itu kelam-kabut sebelum tergamam apabila melihat kereta mangsa ‘terbang’ ke laluan bertentangan.

“Saya berhenti di tepi jalan untuk membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa, namun gagal kerana mereka tersepit. Kemudian saya terdengar tangisan bayi tidak jauh dari kenderaan itu.

“Sebaik berpaling ke arah jalan, saya lihat bayi terlentang di atas jalan sambil menangis dalam keadaan kepalanya berlumuran darah,” katanya.
Menurutnya, dia mahu mengalih bayi ke tepi jalan tetapi membatalkan hasrat itu selepas mendapatinya mengalami kecederaan parah di kepala.

“Saya kemudian meminta bantuan orang awam untuk mengangkat bayi itu ke HTAA,” katanya.
Sementara itu, rakan sekerja Siti Rohani dikenali sebagai Yati, 30, berkata, mereka berkonvoi selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan setugas di Kerteh, Terengganu, tetapi rakan bersama suaminya bertolak pulang lebih awal.

“Arwah dan suaminya sempat belanja saya makan ikan bakar dan mereka ceria langsung tidak nampak perubahan pelik,” katanya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Ahmad Hakimi terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang di tengah jalan sebelum terhumban ke laluan bertentangan.

“Ahmad Uzair dipangku ibunya tercampak keluar dan terjatuh atas jalan manakala mayat ibu dan ayahnya dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.



Saturday, March 3, 2012

4 Syarat Pakai Tudung Sempurna

Untuk rujukan saya.. dan juga anda.

Mari kita baiki diri bersama-sama. 

^___^


Saturday, February 25, 2012

Stock Up

Dah lama janji nak jumpa Kak DC. Dari lepas Raya Cina lagi. Memandangkan sibuk kesana sini.... makanya perjumpaan dah tertangguh. Semalam tengok dalam tong blackwood tinggal setengah je. haihh... tak boleh jadi kena stock up ni. Elokla pun gaji dah masuk.. berdesup cari kedai Kak DC kat Batu Muda (berbekalkan alamat yang J tengok dari laman web DearCars Pet House

Alhamdulillah... tak susah nak cari pun. Tapi kalau orang yang tak biasa kat kawasan tu rasanya akan melilau jugak la. Nampak je PPR Batu Muda tu, lajak kedepan sikit, belok kanan. Jumpa simpang empat belok kanan lagi. Lepas tu terus je ikut jalan tu sampai jumpa sederet kedai sebelah kiri dan PPPR Batu Muda (bahagian belakang) sebelah kanan. Cari banner kaler kuning hitam putih ada nama DearCats Pet House atau nampak ada barang-barang kucing kat display kedai tu, tak salah dah.. InsyaAllah.. 

Balik je rumah... pegawai QC dan sedia untuk menjalankan tugas.


5 kg Blackwood & 4 kg wood pellet (ye ke nama ni?)


Seperti biasa.. budak gedik ni mula la keluar masuk beg plastik tu..


Thanks kak DC. Insyallah nanti saya datang lagi. 
^____^

Thursday, January 19, 2012

Punca Pelajar Menengah Gagal Membaca, Menulis

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.
Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.
Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.
Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.
Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

AKMAL FAIRUZ Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Thursday, November 24, 2011

Suka bunyi Hujan?


A friend suggested this link:


I like it soooooooo much.



Mengingatkan saya dengan bau hujan, titisan air yang jatuh ke tanah, tempias, sejuk, bantal, selimut dan tilam.

Finally... TIDUR!

Aahh.... nikmatkan bila dapat tidur semasa hujan lebat?


notakaki: hujan pun mengingatkan saya pada awak... ^_^

Tuesday, September 6, 2011

PETKNODE cat abuse Press Conference

I cried while watching this... because I've seen it with my own eyes. Walaupun tahu cerita ni lambat dan dah malam (trough MM).. Hati J tak sedap, terus grab carrier dan pergi ke Damansara Damai. I was too late and all the cats were fostered by the voluntered who came earlier... Terkilan jugakla kerana tak dapat nak tolong.....




Thursday, July 7, 2011

DIY: The Washing Machine

One day, I did my laundry. When I turn the knob to drain off the water, it didn't drained off.  (I'm using the semi auto machine).  

I was like... ALAMAK!!!

Then I remembered, Pak Mat did taught me how to fix it if it happened again. (yeah.. it had happened before and Pak Mat fixed it himself) So, I look out for my tools and started to unscrew the lead that covers behind the machine.


I have to unscrew this too. 
There must be lots of fibers in it.


Yeah.. as I expected.. that was the reason to the blockage. I picked it out and throw it away.


Walllllah... the machine works as usual again. 

Yeay!

Thursday, June 16, 2011

MyVi Elegance ~HOT from the oven~

~HARAP MAAF. Kualiti gambar tidak memuaskan kerana bukan saya yang mengambilnya. Semuanya ehsan Mak Iti.~




notakaki: Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? Nak ke Tak? 

Thursday, April 28, 2011

Menutup Aurat atau Melapik Kain?



notakaki: mari kita bersama-sama memperbaiki diri... ^_^

Thursday, April 7, 2011

Phonics Video for KSSR English Language Class

I found a few simple phonics video and posted them on FB. Later, a friend found another few, which I think could be a great help in the year 1 classes. I know that you guys are having a hard time with all the clerical works and what not, so I'm sharing a little something that I found on Youtube for you to use it in the class. I think you can use this clip as a an additional medium to assess your kids while they listen and sing the song ^_^... 


This might be useful for those who has small children too! Happy watching & teaching! 

Monday, April 4, 2011

The Revelation.

As I've mentioned before, I'd tell you which mobile phone that I'd bougt.
eh.... before that, just to recall... the list of mobiles that I own since 1999.

My first Philips Twist. It was a present from Pak Mat when I 'checked in' at IIUM Matric centre.Yang pertama, tentunyalah paling sayang kan? ^_^

Dah masuk main campus 2001 (rasanya), terberkenan dengan Sony Ericsson T10 ni. Yang membuat hati ni membuak-buak nak guna phone ni sebab tuuu.... yang kaler pepel tuh. Purple has been my fav colour. Since they have it in that colour, jenuh la memujuk Mak Iti belikan untuk J. And Finally I got 1 for myself. hehehe.. teruk tol sebab kaler je lebih, bukan nak fikir sebab function ke.. ape ke? Tapi I liked it so much too!


After two years, pandang kiri, nokia 3310. Pandang kanan, nokia 3310. Terhasut dek duhet ptptn yang banyak tak dibelanjakan..(konon), So, I bought this one for myself and had been a loyal user to this one. Tahan wooo... jatuh kelepuk kelepek berkali-kali pun masih sihat walafiat! 



Hujung tahun 2004, Mak Iti & Pak Mat pergi menunaikan ibadat haji di Mekah. Kebetulan telefon big bro rosak, so Mak Iti ordered that this 3310 to be given to him supaya senang dia nak contact dengan big bro and Mak Iti gave me her phone instead untuk digunakan sementara dia ke sana. Dengan berat hati... terpaksa jualah melepaskan dia pergi.. sob...sob.. 

Tapi..... pakai barang orang lain tak sama dengan sendiri punya kan??? So, while both of my parents are still there, I fork out my piggy bank to buy this one! Starting from the end of the year of 2004 until Feb. 2011, it has been a great company to me. Nak tangkap gambar (mostly you can see in my old entries), nak dengar muzik, dengar radio, main game mahupun bergayut berjam-jam... semuanya excellent!!!

Until today, I've never change the battery since I bought it. The battery lifespan could last for 3/4 days with minimum usage. Best kan? Besides that, tahap kelasakan talipon ini juga sama seperti 3310. Jatuh di merata-rata dan jatuh di atas pelbagai jenis permukaan lantai, termasuklah jalan tar, alhamdulillah,  tetap teguh memberi khidmat yang baik supaya J ada modal untuk dikongsikan dalam blog ini. 



After 7 good years, I decided to get myself a new one. 



Drum rollllllll pleaseee.........


I chose the Android. 



Talipon yang beroperasi menggunakan cik robot comel ini...

Tak lain dan tak bukan...

 Xperia  X10.


Usianya dah nak masuk 3 minggu.. Dan J masih lagi dalam proses menggodek telefon ni.. haha.. Semua ok. especially kualiti gambar. Cumanya batteri je cepat abes... Other than that.. memang best pakai X10 ni.  

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^