Showing posts with label baca. Show all posts
Showing posts with label baca. Show all posts

Wednesday, March 26, 2014

Menambah Koleksi Bahan Bacaan

Semalam ke One Utama. Kebetulan ada Popular Book Fair. 


Alang-alang dah cuti...alang-alang dah gaji.. alang-alang menyeluk pekasam.. 

Biar sampai dompet nipis. 
^_^
Truly nipis. Memborong sampai tinggal pat puloh ringgit je dalam dompet.



Tuesday, December 24, 2013

My Precious Iris

Sambungan I Love You, Stupid.

Satu perhubungan yang terlalu sempurna kasih sayangnya... hero mati ditembak isteri sendiri dalam keadaan buta sementara dalam kekalutan pembalasan dendam kerana cinta tak dibalas.

Tapinya... ending dia sangat mengelirukan. Hero tu dah mati atau tak sebenarnya... sape dah pernah baca? Jenuh fikir apa kesudahan sebenarnya.

J: jiwa kacau dibuatnya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 22, 2013

I Love You, Stupid!

Mahu ulang baca. Tidak jemu membacanya. Kisah yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan telah menjentik sedikit kesedaran dalam diri.

Terima kasih Melur Jelita kerana menghasilkan karya ini

J: 1. Sedang menyambung pembacaan kesinambungan buku ini, My Precious Iris.
2. Firman Ebrahim.....menguatkan rindu kepada bakal suami...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, December 12, 2013

The Wedding Breaker

Tajuk je dalam Bahasa Inggeris tapi isi ceritanya dalam Bahasa Melayu.

I really love the storyline. Tak membosankan. Anyhow, as usual the hero will be too good to be true. Walaupun tak mustahil lelaki seperti itu wujud.

Ceritanya tidak mengkhayalkan. J suka cara Evelyn Rose, si penulis, mengetengahkan 'fighting spirit' dalam watak heroin dalam cerita ni. Semangat yang perlu ada dalam setiap wanita. Please read if you haven't. You'll enjoy it.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, December 6, 2013

Mental

Kalau nak baca, kena baca dengan minda yang terbuka. Agak sukar nak cerna. Penulis bijak membuat pembaca terteka-teka walaupun ada terasa sedikiy bosan kerana pengulangan kisah yang sama berulang kali.

Rasanya buku boleh diletakkan klasifikasi 15sx kot.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pelangi Cinta Buat Suami

Perasaan jadi roller coaster sepanjang pembacaan. Disarankan untuk beli atau pinjam dan baca. ^_^

J dah kurang arif tentang penulis mana yang telah menulis cerita yang best atau tidak. Terlampau banyak di rak kedai. Jadinya buku ni dibeli atas saranan teman kaki novel.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, August 15, 2013

Cinta0 Kontrak

Dah lama teragak-agak nak beli ke tidak. Memandangkan buku yang belum baca tak dibawa pulang dan cuti pulak panjang .. jadi sebelum raya haritu terbelilah pula.

Mula-mula baca terasa seperti tak berapa nak best. Gaya bahasa seperti remaja yang baru berjinak-jinak nak menulis. Bila selak ke mukasurat biodata, sah. Takpelah. Dah terbeli. Baca je lah sampai habis.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, July 16, 2013

Kalau Memang Harus Begitu

Dicadangkan oleh seorang teman. Acik Lana berjaya buat saya terus membaca sehingga keakhirnya dalam tempoh yang singkat.

"Tak mungkin musim cinta ini berlalu seandainya hatimu seperti hatiku.."

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, June 29, 2013

Malam Minggu

Bergolek-golek sambil membaca ditemani anak-anak yang dah pengsan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, June 26, 2013

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Buku ni tebal. 2 inci lebih sikit. Berat pulak tu. 

Cerita tentang hantu karipap pusing yang baran tapi penuh dengan kasih sayang. Kisah cinta yang agak tipikal. Kisah org koporat yang kaya-kaya. Walaupun tebal dan berat, jalan cerita yang agak menarik berjaya buat J habis baca juga akhirnya...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, June 13, 2013

Bercinta Dibalik Api Babi

Jalan cerita lurus kehadapan. (Straightforward). Mudah faham.

Kisah yang pernah berlaku dalam kehidupan. Yang haram di halalkan. Yang tak boleh dibolehkan. Dalam setandan pisang yang busuk, masih ada yang elok yang boleh dimakan.

Adakalanya ceritanya agak jelek. Tapi itu hakikat. Membuat perkara yang dilarang sehingga bertukar menjadi babi. Dalam kejelekan ada pengajaran.

Baca dulu. Sampai habis. Hakimi kemudian.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, June 2, 2013

Suami Aku Ustaz

Habis baca dalam seHARI.

Kalau tak best, takkan lah boleh habis dalam sehari je kan? ^_^  kalau tak silap novel ni pun akan dilakonkan. Cuma tak pasti sama ada drama bersiri atau filem. Pelakon utamanya Nora Danish & Adiputra. Sambil baca, terbayang-bayang mimik muka adiputra melakonkan situasi dalam cerita tu... Lepas tu senyum sorang-sorang..boleh? Hihi..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, May 31, 2013

Beli Lagi.

Tak dapat menahan diri untuk membelah poket. ^_^ Yang lama tak abis baca lagi. Dah beli lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 26, 2013

Sperma Cinta~ Aisa Linglung

Lucu.

Seperti yang digambarkan dalam komen-komen.

Bacaan ringan dan santai tentang kisah benar penulis.

Bahasa yang digunakan, bahasa remaja. Jadi saya yang tak berapa remaja pun boleh terasa dekat dengan kisah-kisah yang diceriterakan.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, May 10, 2013

Akibat 2 Jumaat ia tiada dikaca tv

Disebabkan PRU 2013. 2 Jumaat drama ni tak ditayangkan. Huh... oleh sebab itu, J pun beli la buku ni. (sangattaksabarye) Tak sangka pulak setebal 900 mukasurat (lebihkurang).

Selalunya, baca karya asal lebih memuaskan...ye tak? So.. Boleh baca sikit-sikit..pelan-pelan...sampai habis.

Eh... malam ni ada la kat tv!
*tolakbukuketepidulu*

***update 12.5.2013*** Habis baca dah semalam. Harusla berbeza dari yang ditulis dengan yang dah di'drama'kan. Menarik lah jugak sebab J boleh baca tak berhenti. Cuma ada beberapa bahagian macam longgar sikit. Apa-apa pun, kalau dah boleh baca habis dalam masa yang singkat, tentulah cerita menarik untuk dibaca. ^_^
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, May 5, 2013

Hasil Rembatan Dari Pesta Buku Pt 2

Kali ni pergi lepas kerja. Hari Jumaat. Alhamdulillah. Lengang banyak. Takdelah terlampau bersenggol-senggolan dari satu booth ke booth yang lain. Barulah dapat belek buku dengan puas.

At the end of the day, I'm officially broke. *grin*

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, May 1, 2013

Hasil Rembatan dari Pesta Buku

Terlalu ramai orang yang pergi sempen cuti Hari Pekerja. Tak puas nak membelek. Tahan 2 jam je dalam tu. Macam sardin. Tak boleh nak begerak. Yang paling selesa untuk bergerak santai sambil membelek cuma di tingkat 2 tempat buku-buku universiti. Tak puas hati sebenarnya. Esok lusa kena pergi lepas keje nampaknya.

Gambar 1: satu buku RM2 je.
Gambar 2: 4 buku RM10
Gambar 3: 3 buku RM50

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 26, 2013

Waiting


While waiting for MrVee in the service bay, it's the best time for me to catch up with some reading.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, December 12, 2012

Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid

Penat.

Penat nak sudahkan pembacaan kerana ia memerlukan kefahaman ditahap yang tinggi. Banyak imbas balik dan sebenarnya tak susah nak faham pun. J je yang baca slow. ^_^

Walaubagaimana pun saya berjayala juga habiskan...


Monday, December 3, 2012

Bisik - Syaihan Syafiq

Ini BUKAN buku tentang KUCING.

Buku ini juga BUKAN buku cerita tentang CINTA.
(eh.. ada kot tapi bukan percintaan yang biasa-biasa)

Baca buku ini akan beri satu pengalaman baru untuk remaja. Tapi BAHASAnya dekat dengan bahasa remaja seharian...pasti tidak janggal membacanya. 

Mula-mula mempamerkan tema tentang persahabatan. Tiba-tiba unsur misteri muncul. Kemudian ada sedikit X-RATED. Diakhirnya, penyelesaian terhadap misteri yang buat anda tertanya-tanya pada mulanya tadi.

Saya terasa mahu cepat sambung baca tiapkali bacaan terhenti.



Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^