Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday, January 19, 2012

Punca Pelajar Menengah Gagal Membaca, Menulis

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:
Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.
Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.
Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.
Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.
Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.
Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

AKMAL FAIRUZ Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Friday, December 23, 2011

I've made a change again..

Yep.. U've come to the the correct site. I've changed the background again.

Saja nak cari warna yang 'menangkap' sikit. PLUS... not forgetting the purple colour is still there.
^_^

OK? Tak OK?

Friday, October 14, 2011

Test..

Selalu dok tengok Abang Ben update blog guna Blogger~droid. Jadi J pun nak cuba test tengok. Jadi ke tak.. Huhu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, February 27, 2011

Cik Nyet & Cik Cing

I love to visit this blog. The name is Cute Overload. It has loads of cute pictures of pets in it. Indeed.. loads of it! 

I love ALL pictures posted. Here are some of it.

cute kan? cik nyet ngan cik cing nih

Yang lain pun ada.....





alamak.. promosi free.. Takpelah. Sharing is caring! 

Friday, September 3, 2010

Projek Beres!

Alhamdulillah...

Kedua-dua projek tadarus di bulanRamadhan ini selesai dengan jayanya.

Yang pertama, tadarus dengan anak-anak murid yang comel lote semuanya. Majlis Khatam Al Quran telah pun disempurnakan tadi.


Yang kedua, bertadarus bersama rakan-rakan maya anjuran Zara.

notakaki: syukur..kerana dapat meluangkan masa yang lebih utk bertadarus Ramadhan kali ini..

Monday, July 26, 2010

Wajah baru.. cantik kah?


Background lama corrupt.

Jadi J acu cuba try test guna design n template baru blogspot.

Boleh tahan juga. Kan? (baik ngaku..k?)

J pilih background ni sebab J rasa hidup J yang korang tau.. termasuklah yang J tak bagitau kat korang kat sini, penuh dengan warna warni...klise kan?  

Tapi.... blog J, J punya suke lah kan?
nota kaki: Kalau background ini menyakitkan mata anda.. sila beri tahu ye?

Wednesday, June 9, 2010

Header Baru...

Dah lama J biarkan header J tu kosong je.

I mean without any photos or graphics.

Hari ni gatal tangan nak bubuh. 



 
So, how is it?

Okay tak?

Tak okay?

Elok ada ke... elok takde?

nota kaki: mengedit header dalam keadaan mata separuh terbuka... hhuuaarrgghh....

Wednesday, May 19, 2010

Kalau awak nak jadi gila... sila gilakan saya.. boleh?

Aku sudah bertemu dengan cinta yang baru...

ahh... indah rasanya.

Pertama kali aku labuh kan mata ini menatapinya, terus hati ini terpaut.


Shafaza Zara Syed.

Terima kasih atas tulisan-tulisanmu yang indah itu.

Tidak jemu aku membacanya.

Semoga minda mu sentiasa disinggahi cerita menarik untuk dibingkiskan sebagai tatapan semua.

Semoga juga kau terus menjadi pendidik yang disenangi anak-anak murid mu.

* tajuk di petik dari salah satu bab dalam Legasi Cinta Alisia.

nota kaki: Tiada bayaran dikena untuk promosi ini...hehe...Sekadar perkongsian kepada mereka si ulat buku..

Monday, May 10, 2010

Kenapa Saya mahu diterjah Eyriqazz

J dah lama jumpa blog GTO aka Great Teacher Onizuka semasa blogwalking pada satu ketika dahulu...



DAN... memang dah lama J add link GTO dalam blog list Cikgu Cikgi Belaka dalam blog J ni. (kite tak pernah nak citer kat die, tapi kite suke jengah-jengah blog die..) Tajuk blog dia memang best. J pun suka tengok cerita Jepun ni dulu. memang gile best la kalau dapat cikgu sempoi macam GTO dalam cerita tu. Kalau tak silap dah tengok cerita tu masa J belajar kat UIA kot... masa lepak reramai dengan geng GQ kat Mahallah Nusaibah dulu... (huk..huk.. windunyer kat korang!!!)

nie ada beberapa entri yang J agak suka lah

5 kesilapan lelaki yang menakutkan wanita
Info yang memang menarik... perlu dikongsi bersama yg tersayang yer..

Lisa Surihani Oh Lisa Surihani
J pun minat Adamaya. Sekali je terlepas tengok kat TV, terpaksa tengok online. Sangatlah tak nikmat rasanya...  Cik Lisa memang cun melecun.. comel lote kan? kan?

Nasi lemak Antarabangsa. Best ke?
Amie pernah cakap. Takdela sedap sangat. Punah keteringinan sekejap. Tapi lepas baca entri ni.. terus datang ngidam tu semula. hehe... Tambah pulak tengok pisang goreng ala bali tuh...pergghh.... meleleh ayaq lioq weii....

Eyriqazz ni dah lama blogging... tentunya lebih arif dalam pelbagai segi. J ni baru nak berjinak-jinak. Mula-mula buka blog dengan niat sebagai catatan peribadi untuk rujukan di kemudian hari...(maklumlah.. akak ni dah tua.. kuat lupe... hehehe)

Harap-harap sudilah kiranya GTO singgah ke Ticer scribbles yang tak seberapa ni dan tegur-tegurlah mana-mana yang boleh diperbaiki supaya orang ramai lebih enjoy membaca dan nak singgah lagi ke blog J ni... yek?

Teachers and their free time...

A teacher somewhere in your neighborhood tonight will be grading papers and preparing lessons to teach your children while you are watching television. In the minute it takes you to read this, teachers all over the world are using their "free time", and often investing their own money, for your child's literacy, prosperity, and future.

Total Pageviews

Please come again.. ^_^