hujung minggu yang tak dirancang. sekian lama mengatur pertemuan.. akhirnya aral melintang lalu.. maka terjadilah satu lagi pertemuan yang tak dirancang..
Pertemuan dengan kenalan yang mula dikenali suatu ketika dahulu. Kini dia sudah berbadan dua untuk kali kedua. Kali pertama, kandungannya tidak dapat diselamatkan, setelah beberapa bulan dia sebati dalam dirinya, tiba-tiba dek kerana kelasakan dengan aktiviti harian, bayinya meninggalkannya. Kali ini dia lebih berhati-hati dan malah sedang menghitung hari menanti keluarnya bayi dalam kandungan. Alhamdulillah...
rumahnya yang terletak berhampiran dengan Palace of Justice
Banyak ilmu yang diturunkannya sepanjang J berada disitu. Tentang rancangan berumah tangga, cara penyelesaian, masalah yang timbul, kehidupan berumah tangga, tanggung jawab, kes kecurangan dalam rumah tangga, kepercayaan terhadap pasangan masing-masing dan tentunya tentang kehamilan... J rasa ianya satu perkongsian yang sangat menarik dan berulang kali dia memesan
"Cepat-cepat sikit J, cakap kat dia suruh cepat sikit... kita yang nak mengandung, nak bawak perut. Lagi bertambah umur, nanti lagi tak larat..Lagi lewat, lagi banyak komplikasi."
"Insyallah..."
Hanya itu yang mampu J ucapkan. Sebagai seorang perempuan, pasti keinginan itu pernah terlintas di dalam hati, sekiranya empunya diri masih belum berumah tangga. J suka tengok ibu-ibu hamil yang comel-comel tiap kali bersiar-siar di mana-mana. Seingkali J berangan-angan.. macam-macam.. tapi seringkali awan angan-angan itu akan dicucuk pecah oleh jarum kehidupan realiti. Lalu ia jadi perkara yang menyedihkan hati. Hati merusuh namun ia harus dibisukan. Harus disimpan kemas dalam hati sahaja. Titik.
J suka sekali kediamannya... angin sepoi-sepoi bahasa setia menemani J, ketika J bermenung di balkoni rumahnya.
Pertemuan sebentar yang sangat terkesan di hati. Semoga dirimu sentiasa berada dalam lindungan Allah sebelum, semasa dan selepas kelahiran kawanku.
aaaahh... permulaan awal tahun yang hampir perlahan dan sangat mendung seperti di luar sana. Kusangkakan panas sampai ke petang.. rupanya dah 3 hari berturut hujan turun di lewat hari. Melankolik sangat J hari ini.
Ye.... J sedang bersedih.
La tahzan ya ukhti....
insyallah...
nota kaki: Takpelah amie.. lain kali lah...ye..